December 30, 2009
Bye Bye 2009... ♥ Welcome 2010
2009... Alhamdulillah..
♦ Dikurniakan anugerah yang tak terhingga dariNYA. Asyraff Darwisy..
♦ Kenaikan pangkat (beserta gaji dan lain² benefit)
♦ Pindah ke rumah sendiri. Merasai gula, asam, garam di rumah sendiri.
Antara peristiwa besar yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2009..
And.. Welcome 2010... Please bring with you a good health, wealth and prosperity.
Another fresh new year is here . . .
Another year to live!
To banish worry, doubt, and fear,
To love and laugh and give!
This bright new year is given me
To live each day with zest . . .
To daily grow and try to be
My highest and my best!
I have the opportunity
Once more to right some wrongs,
To pray for peace, to plant a tree,
And sing more joyful songs!”
William Arthur Ward
December 24, 2009
Merry Chrismas
Pagi ni baca Metro online.. kisah 3 beranak yang maut tersepit dirempuh lori bawak batu di Jitra.. Tengok umur suami isteri tu, terdetik dalam hati.. Mudanya lagi.. si isteri setahun tua dari aku.. Anaknya hampir sebaya dgn Darwisy.. baru 9 bulan.. Ntah mcm mana, tergerak tengok nama sekali lagi..
'Benyamin Yaakub, 30, isterinya, Normah Md Isa, 29, dan anak perempuan mereka, Nur Balkis, 9 bulan.'
Normah Md Isa! Mengucap panjang aku... Ya Allah... ni kakak Norliza. Kawan aku time Poli JB dulu.. Teringat 'sign' masa kenduri diorg December 2007 dulu.. " Normah ♥ Benyamin".. Memang pernah sama² dengan Normah (Kak Mah) waktu bercuti semester di kampung nenek diorg kt Endau.. Masa mengandungkan Darwisy dulu pun, penah jgk terserempak dgn Kak Mah kt Klinik Ayer Hitam. Dia pn mengandungkan Balqis waktu tu..
Ajal, tak siapa sangka kan.. Bagaimana kita akan pergi.. Wallahualam.. kita tak tau... Al Fatihah untuk arwah sekeluarga.
Berbalik pada aku...
Plan weekend ni dok umah je kot.. Nak rest.. Darwisy pn need rest... ☺ since hubby is working, kitorg pn stay at home je la... Aku plan nak masak.. hehe.. harap² rajin la...
InsyaAllah menu dinner nnti...
♦ Tomyam campur (udang bli kt tesco mlm td),
♦ Telur bungkus (cewah.. kena cari resepi dulu nih)
♦ Ikan... masak ape ye.. kan beli ikan sblm balik satg.... steam maybe?? yummy!
♦ Sayur... maybe bendi celur je kot...
♦ Pucuk ubi.. grg ngn telur.. ☺ i like!!
Completed!!
Anyway, have a nice weekend.. Kepada sesiapa yg memandu di musim perayaan ni.. Berhati-hati di jalan raya...
December 23, 2009
malas malas
Hari ni nak balik awal.. Ada appointment nk bawa Darwisy ke KPJ Kajang.. Follow up utk visit minggu lepas. Sekarang nampaknya dia dah sihat cuma Darwisy mcm kurang happy la lately.. Kurang aktif macam dulu.. Risau jgk ibu tengok.. Hubby cakap mayb darwisy x happy kt nursery.. ala.. ibu nk wat cmne ni? Ibu harap sgt ni utk sementara saja.. sementara darwisy nak biasakan diri..
December 16, 2009
November 19, 2009
My First Day
Hari pertama di BAB..
I can say that it was good.. Ermm.. What else? A big achievement that I can drive to the office by my own. Keluar rumah pukul 6:25am.. and I reached office at 7 in the morning.. tersangatlah awal.. hehe… 0k la.. Baru-baru belajar ni, dari tersepit kt dalam traffic yang teruk lebih baik aku sampai awal ke office.
Anakanda Darwisy plak.. Semalam pagi-pagi lagi ibu ngn ayah try tinggalkan dia kat nursery while us jalan-jalan survey jalan. Dalam 2 jam tinggalkan dia cikgu kat nursery tu cakap darwisy tak tido pun.. and also x nak minum susu… kesiannya la anak ibu… time ibu p amik masuk je dalam kreta terus terlena atas bahu ayah.. ngantuk sampai mcm tu skali. Hari ni pun ayah hantar kejap td.. Ayah got meeting and hantar Arwisy ke nursery.. sama jugak, cikgu cakap Darwisy kurang minum susu..
Balik dari nursery bawak Darwisy p amik ubat sebab dia macam selsema and batuk.. sedih la ibu tengok Darwisy ibu tak ceria pn.. Doctor bagi ubat tapi tak galakkan ibu bg pada arwisy.. kalau terdesak sangat baru bagi.. doctor cakap biasa sja.. tonsil ok and paru-paru pun ok..
Thats all for today.. I can say it was 'a good day'...*posted on my 3rd day!
Hari ni kuar umah pukul 645am.. and i reached office 730am.. 0k la..
Darwisy pak.. ayah hantar tghari td..nnti balik keje Ibu terus fetch darwisy.. Jangan la anak ibu nangis petang ni.. Cian dia and cikgu² yang mengasuh tu nanti..
Ayah masih bercuti.. Esok baru start keje.. He is Mr.Mama for these 3 days.. Cuci baju, mengasuh Arwisy, masakkan poridge arwisy.. mengemas..hehe.. funny!
Whatever it is.. I enjoyed here! Being together.!!
November 11, 2009
Cuti
November 08, 2009
| |||||||||||||
|
November 07, 2009
Entri lewat malam
November 04, 2009
October 25, 2009
October 24, 2009
Facing Out
October 05, 2009
Manusia oh Manusia
aku juga bukan baik sangat... Semoga Allah swt jauhkan aku dari perasaan hasad dan dengki ni.. aku mohon ya Allah.. jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur dengan apa juga kurniaanMu..
Sedih, geram, kelakar, menyampah... bukankah teamwork itu lebih baik? sesungguhnya aku x paham apa sebenarnya yang dikejar ni.. apa yang x kena... aku cuma insan biasa yang penuh kelemahan.. x perlu la cemburu dengan aku.. aku tak punya apa2 pun...
*meluahkan perasaan yang aku rasa ketika ini terhadap insan sekeliling yg tiba² menjadi pelik..hehehe
September 27, 2009
Aidilfitri 1430H
- ketupat dgn rendang & serunding
- nasi tomato
- ayam masak merah
- kari kambing
- lontong
- sate
- biskut-biskut
Cerita Sebelum Raya
September 17, 2009
Raya soon!!
Tapi ade jgk crite sedih.. Kisah baju raya.. uwaaa.....!!! Planning tahun ni nak pakai sedondon color kuning air.. tetiba plak semalam pi kat taylor tu.. dia cakap.. sempat siap sepasang je.. dah la yg siap tu lari tema... ntah color ape ntah.. merah tak merah.. brown tak brown! erm... sedih jgk dah smlm.. tp hr ni dah ok la....
semalam also aku belikan walker untuk darwisy.. beli pn kt air hitam ni je.. so walker yg ala² je la.. xde choice sangat..
Anyway, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin..
p/s: menanti kepulangan ayahanda..!
September 07, 2009
Big Decision
I decided to quit my job and move to Kajang soon.
Soon to be unemployed!
Sekarang tengah giat mencari kerja di daerah sana..
Semoga akan ada rezeki utk aku di sana..
Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan ku di tempat baru nanti..
Selepas 1 tahun 6 bulan mendirikan rumahtangga inilah buat pertama kalinya aku dan suami akan menjalani kehidupan bersama di rumah sendiri seperti pasangan lain. Sebelum ini kami hidup berjauhan.
Pelbagai rasa bercampur baur.
Seronok.. Excited.. kerana kini kami tidak lagi berjauhan.. dapat bersama-sama membesarkan Darwisy dengan cara kami.. tinggal dirumah sendiri.. Merasai susah senang hidup sendiri.. asam garam rumahtangga.. ☺
Sedih.. kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang. Mak dan abah yang banyak membantu sepanjang aku berjauhan dengan suami.. Terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah. Hanya Allah swt yang akan membalas kebaikan mak dan abah selama ini.
Gementar.. selama ini hidupku di rumah mak sendiri.. walaupun umur hampir mencecah 30 tahun, makan dan pakai ku banyak dibantu oleh mak. Masak-memasak semua mak yang buat.. Hinggakan pakaian seharian aku pn mak yang selalunya tolong basuh dan lipatkan.. (terima kasih mak).. agak gementar bagaimana nak uruskan rumah sendiri nanti. InsyaAllah aku boleh melakukannya. sebagai persediaan aku banyak mengumpul resepi dari pelbagai laman sesawang untuk aku praktikkan di rumah sendiri nanti. walaupn aku pernah belajar 'pengurusan katering' suatu masa dulu, tetapi selepas hampir 10 tahun tudak dipraktikkan aki rasa.. kebanyakkannya aku dah lupa.
Harapan aku, semoga kehidupan baru ini akan menjadi lebih baik.. Semoga Allah swt akan mempermudahkan segala urusan ku.. semoga ditunjukkan oleh-Nya kepadaku jalan yang lurus dan dijauhkan cabaran yang tak mampu untuk ku tanggung. Semoga dilimpahkan kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan di dalam rumahtangga ku..
Amin ya rabbal A'lamin..
August 03, 2009
Di persimpangan
Adalah sesuatu yang amat sukar untuk membuat pilihan.. apatah lagi pilihan tersebut adalah satu perjudian yang belum pasti.. memperjudikan masa depan dengan membuat pilihan yang tak pasti. Tetapi keputusan tetap perlu di buat.. diluah mati emak.. ditelan mati bapak..
Kedua-duanya disayangi dan diperlukan.. memilih beerti memperjudikan nasib dan masa depan sendiri.. untuk setia pada tempat sekarang akan menimbulkan masalah yang lain.. melukakan hati orang yang disayangi dan mungkin juga diri sendiri kelak..
PERSIMPANGAN!! Aku tetap perlu membuat pilihan..
Apa yang mampu aku lakukan, Allah swt akan membantu memberikan yang terbaik walau jalan mana pun yg aku bakal pilih... Aku sebagai hamba berserah kepadaMU Ya Allah...
August 02, 2009
Sabah ~ Salut Seafood
Kenangan dating with my hubby there.. sedap... mase tu baru2 bercinta.. ;P
we have buttered prawns, ketam grg lada and sayur pucuk paku.... sangatttttt sedapppp!!
Jeles housemate yg lain sebab penah janji nak pegi dgn diorg.. but suddenly balik crita dah pegi dgn Azrul.. sorry dear..;P
Thanks to Pak ngah and mak ngah who introduce me to this fabulous seafood restaurant!
Sabah~ Yoyo Cafe
I miss Sabah!
I miss YoYo... sedapnye..
petang ni aku search pelbagai resepi.. tetiba ntah macam mana teringat Yoyo...
sedapnya... their milky tea... with pearl....
Dulu masa study kat KK, each time kuar KK msti panjat jgak tangga Centre POint tu sb nak beli pegi Yoyo.. (their milky tea with pearl...) frust gile sometimes bile sampai pearl habis...
Jasmine milky tea.. chocolate milky tea.. toasted bread.. indahnya kenangan kat sana.. Zaman bercintan cintun kat Sabah.. ahaks... kelakar + rindu those sweet memories..
Kalau sndiri tak keluar, mana2 kawan yg keluar msti jadi mangsa untuk kirim belikan Yoyo... Rindu.....
Sunday
Masuk je kereta Darwisy terus tido agaknye sedap dok dalam aircond.. ☺
Monolog:
Something motivated me.. I've been waiting to hear this for so long.. And Alhamdulillah, God hears me.. I realized that it still a long way to go. But at least a hope is there..
Cuma aku berdoa padaNya, semoga ditetapkan hati aku.. Janganlah dibiarkan aku lalai pada perintahNya setelah Dia mendengar aku.. Amin..