October 06, 2016
Apa Yang Kau Cari
Anak-anak yang dikurniakan kepada kita. Semoga mereka mampu menjadi saham akhirat kita dalam.menuju syurga Allah. Betapa sayangnya kita kepada amanah Allah ini, semoga kasih sayang itu membawa kita ke syurgaNya.
Semoga mampu untuk kita bentuk.mereka.. bimbing mereka menjadi hamba yang bertaqwa. Mencintai agamanya.. mencintai penciptanya melebihi segala apapun. Semoga mereka mampu mengheret kita ke syurga yang kekal abadi. Kerana di sanalah kebahagiaan sebenar yang kita cari.
Betapa banyaknya masa yang terbuang.. betapa banyaknya dosa yang terhimpun. Semoga diampuni oleh Nya. Amin
September 21, 2016
PTPTN oh PTPTN
August 09, 2016
9 month Maryam Azra
July 05, 2016
Ramadan is leaving
Sedih..
Ramadan bakal berlalu..
Beberapa detik saja lagi..
Apa saja amalku tahun ni?
Ya Allah.. berilah kesempatan untuk aku bertemu lagi dengan Ramadan thn hadapan..
Belum puas bertemu mu ya Ramadan..
Belum cukup amal yg aku lakukan..
Pahala berlipat ganda yg dia janjikan Allah yg terkandung di dalam mu..
Belum aku rebut...
Kini kau bakal berlalu..
Tinggallah aku yang rugi..
Ya Allah.. tuhan semesta alam..
Ya Allah.. tuhan yg maha mengasihani..
Panjangkanlah umur ku supaya aku berkesempatan bertemu lagi dengan Ramadan tahun hadapan..
Aku pasti merinduimu Ramadan..
June 14, 2016
Mak yang Bangga
May 20, 2016
6 month old Maryam Azra
Maryam turns 6 mth on 6 May 2016. Kejap je masa berlalu. Dah 6 bulan tuan puteri ibu.. Alhamdulillah.. Masih exclusively breastfeeding..
Dah pandai sekarang.. maklum la dah kenal orang di sekeliling. Kalau ade Ibu mula la Maryam merengek mintak perhatian ibu..hehe
Ibu dah start bagi solid food utk Maryam. Buat masa ni baru 2 menu. Pumpkin + potato.. dan lagi satu Barli + Sweet potato.. Sedap je tengok maryam makan.. Weekend ni ibu nak try buat porridge pulak.. yeayy!
May 06, 2016
AADC2
0k.... Mak masih tak boleh move on.. Walaupun dah seminggu nonton AADC2 di bioskop. Jumaat 30 April 2016..
Karya yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.. Membuatkan penonton terawang-awang.. Terbuai-buai.. Feeling bercinta sangat! Di ulangi.. NGAK BISA MOVE ON!! Gue percaya.. bukan hanya gue.. lewat IG gue lihat ramei lagi yang seperti gue.. Ngak bisa move on selepas nonton AADC 2.. Duhh!!
Puisi-puisi Rangga.. (walaupun tak paham) hahaha... sangat terkesan.. Adegan-adegan romantik.. how they spend their time together.. moments Rangga dan Cinta.. seharian di Jogja.. walaupun scene kissing dorg kena potong.. Filem ini tetap menarik.
Harus nonton lagi... tapi ntah bila..
April 15, 2016
Introducing Solid
Adakah bayi saya bersedia untuk makanan pejal?
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia:- Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
- Duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri.
- Melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh.
- Berat badan telah naik secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda.
- Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.