October 14, 2017

Lamanya

While studying for my CCE.

I will be taking 2 papers on 4 November 2017. CCE 1 and CCE 2 on the same day.

Feel shame to mention.. This is 5th time for CCE 1. I will do my ever best his time!

Mungkin pada sesetengah orang.. Aku hanya buang masa susahkan diri peningkan kepala nak ambik buat apa. Tak payah la susah-susah belajar. Tak kemana pun. Tapi ntah la...  Macam over pulak kalau nak kata aku ni cintakan ilmu. Tapi itu lah hakikatnya kot. Aku juga ambik ni sebagai cabaran kepada diri aku. Pastinya satu kepuasan kalau aku berjaya. Bukan rugi pun.. Bank sponsor kot.. Ambik saja la... Cuma aku perlu korbankan sedikit masa dan tenaga. Apalah sangat. Kan..

Wish me luck 😘

March 15, 2017

Rindu

15032017

Pagi ni masa tengah kalut bersiap nak mai gheja.. Abang ngah bagi sekeping kertas biru kat Ibu.. "Nah.. ibu bawak pegi work.. nanti ibu rindu.. ibu lukis la gambar abang ngah."

😀😀

Tadaaaa.... memang Ibu rindu la kat anak-anak Ibu..

Btw.. my kids opcos la lagi comey dari my so called drawing ni😅

February 12, 2017

Birthday Darwisy

08022017
Asyraff Darwisy turns 8. Besaq dah anak Ibu. 8 tahun dah. ☺

Ibu dan Ayah decided untuk bawak 3 beradik ni jalan-jalan. Ayah cadangkan Gold Coast Morib -GCM. Sebab theme park dia menarik. Ibu pun gigih la cari which web yang offer paling best.

I bumped onto pakej birthday yang GCM offered. Pakej birthday! Expedia offer RM270. Pakej included 2D1N stay @ Studio Suite, 2 theme park ticket, 2 Steamboat Dinner and 2 Breakfast. Ade free birthday kek lagi! 😘

0h ya.. citer pasai package birthday ni.. Validity dia cuma on birth date.. sehari sebelum @ sehari selepas. We decided to check in on 9/02/17 - Khamis.. kebetulan cuti Thaipusam. Jumaat tu sambung ambik Annual Leave dan anak- anak telah dipontengkan sekolah. Adoyaii..

Mula-mula ayah taknak ambik pakej birthday. Sebab katanya tak adil kalau ambik untuk darwisy je. Nanti adik2 kena ambik jgk. Ape pulak kata adik -adik besday abang je check in hotel. Pada ibu pulak rugi la tak grab peluang pekej murah ni😂 Dah puas Ibu pujuk ayah baru la dia setuju. We decided to tell them that we are celebrating birthday dua orang sekali. Abang Long and Abang Ngah. Yeayy!!

Masa Google pasai GCM ni memang 90% review mengecewakan dan tak puas hati je la pasai resort ni. Siap ada cerita hantu lagi. Tapi Ibu tetap positif. Cewaaahhh gitu!

Dan.. Alhamdulillah... Kitorang sekeluarga sangat-sangat happy.  Siap Abang Ngah taknak balik. Hahaha..

Sebelum pegi memang doa mintak yang baik-baik aje.. Pastu tawakal! I strongly believed kalau baik kite layan orang, baik jugak la yang kita dapat. Niat yang baik-baik.. Alhamdulillah.. bilik bersih.. Masa nak check in, Ibu mintak tukar nak bilik theme park view.. tapi katanya utk pakej birthday dorg dah decorate bilik car park view.. 0k fine.. akak redha saja la.. bile check in towel cantik takde tompok-tompok kuning macam  yang Ibu baca. Aircond bilik pun 0k. Walau tak sejuk sangat, tapi masih 0k.. tak panas pun. Bukak kipas skali dan Beres! Bau busuk takde pun.. TV ok.. bukan datang nak tgok TB sangat pun. Nak tgok tv baik dok rumah kan... Line telefon mmg tak connect pun. Nak buat apa henpon dah ade. Complimentary coffee tea tak bancuh pun tak sempat. Gigih berendam je. Dinner just 0k.. Simple la.. and Ibu siap kena interview dr pihak hotel. Ntah utk apa.. Hahaha.. Breakfast pada Ibu dah best.. Ada roti.. danish pastry.. croissants.. salad.. porridge.. buah...dimsum..mee kari.. nasi lemak.. juices.. coffee n tea.. ape lagi ko nak? Cukup la tu kan..

Sebab pakej birthday ni  untuk 2 orang je maka Ibu kena tambah 2 theme park ticket utk children RM21 each., Dinner tak yah tambah sb steamboat yang dorg siapkan tu mmg utk 2 org je.. breakfast plak darwisy je yang kena top up - RM21.

Memang enjoy. Ade rezeki boleh repeat!

January 09, 2017

09012017

Welcome 2017!🎉🎊

Dah hari ke 9 tahun 2017. Allahuakbar!

Rabu lepas tiba-tiba lepas balik dari office rasa sakit dada.. sesak nafas.. sakit pinggang.. jalan pun kena berpaut. Pergi klinik, Dr cakap gastrik. Makan ubat lega la malam tu. Esoknya hari Khamis keje macam biasa. Tapi satu hari menanggung sakit kepala di office. Sebab banyak sangat angin kot. Otw balik siap termuntah dalam kereta waktu tengah driving. MC hari Jumaat tu. Jumaat dan Sabtu okay dah sikit. Ahad datang balik sakit kepala nya. Lepas tu dengan perangai orang lain yang menguji iman yang lagi nipis dari kulit bawang ni.

Agaknya yang dok sakit-sakit kepala ni berpunca dari stress jugak kot erk?

Hari ni pulak datang ofice password portaldom PC terlupa. Ntah hilang ingatan agaknya kejap. Bercakap pulak dgn officer yang kemain lagi sarcastic nya.. Amboi kakak... orang mintak tolong. Takpe la.. harap-harap Allah permudahkan urusan awak. Mungkin awak ada masalah dengan laki kot? Adooiii.. mula la aku nak mengarut ni bila layankan sakit hati ni dengan perkataan awak tu.

Astarfirullah. Astarfirullah..

Aku cuma nak yang baik-baik untuk 2017. May Allah ease my journey. Amin..

October 06, 2016

Apa Yang Kau Cari

Hidup ni sementara. Cuma persinggahan. Ada tempat lin yang kekal. Itu tujuan sebenar kita. Tapi sejauh mana kita bersedia untuk itu? Semoga.. saat kita dijemput pulang oleh yang Maha Pencipta.. Dia menyayangi kita ketika itu. Dia redha ke atas kita ketika itu. Kita mencintaiNya dengan sebenar-benarnya.. melebihi segalanya!

Anak-anak yang dikurniakan kepada kita. Semoga mereka mampu menjadi saham akhirat kita dalam.menuju syurga Allah. Betapa sayangnya kita kepada amanah Allah ini, semoga kasih sayang itu membawa kita ke syurgaNya.

Semoga mampu untuk kita bentuk.mereka.. bimbing mereka menjadi hamba yang bertaqwa. Mencintai agamanya.. mencintai penciptanya melebihi segala apapun. Semoga mereka mampu mengheret kita ke syurga yang kekal abadi. Kerana di sanalah kebahagiaan sebenar yang kita cari.

Betapa banyaknya masa yang terbuang.. betapa banyaknya dosa yang terhimpun. Semoga diampuni oleh Nya. Amin

September 21, 2016

PTPTN oh PTPTN

21/09/2016
Hurmm... 
Setelah 10 tahun lebih tamat pengajian.. 
Selepas mendapat segulung ijazah... 
Selepas berkahwin.. beranak-pinak.. 
Selepas menganggur.. keje kerani.. eksekutif... manager... Ehh..belum lagi..hehehe
Hutang PTPTN masih belum langsai..
Dari hutang RM19500... sekarang dah jadi RM27000
Hohoooo.... Hambikk kau!

Masa mula-mula graduated.. dengan jawatan Pegawai Pemasaran kononnye di sebuah syarikat pelancongan.. gaji bulanan RM800.. cer citer celah mana akak nak bayar PTPTN ni?? Sewa bilik je dah 200.. Tambang pegi keje balik keje... Makan.. Pakai.. Huiii.. Azab tau! Dapat gaji je menangis.. Kenangkan macamana nak survive sampai ke hujung bulan ni.. Adoiii...

Akhirnya... CCIRS kong... Imigresen pun dah blacklist!

Selepas bertahun cubaan untuk pejam mata... batukan diri.. hahaha.. maka hari ni akak beranikan diri mengadap pegawai PTPTN tu... 

Puan.. saya nak cek tunggakan pinjaman.. dan nak keluarkan duit dari akaun II KWSP untuk kurangkan baki pinjaman.. Dia pun check².. 'Ikut jadual pembiayaan puan ni memang semua tertunggak'.. hahahaha.... Puan bayar ckit kite convert ke Ujrah.. Lepas tu kite reschedule balik.. saya keluarkan surat untuk pihak bank'

Hekk Eleh.... tak de ape pun kottt... hahahah... Tang² tu jugak pegawai tu proses permohonan pengeluaran KWSP Akaun II.. Ade la sikit²... So bakinya buat la jadual balik... Redha saja la dalam CCRIS ada "R" lepas ni... Harap² pihak bank takde la kejam sgt tengok CCRIS akak ade 'R' tang pinjaman PTPTN tu.. 15 tahun kottt... Hadoiii Harapnya takde la ape² loan lagi dah nak buat lepas ni.. takmo dah hidup menanggung hutang ni.. letih!!

Sekianlah al kisahnya... lega satu beban dalam kepala ni...

Nasihat kepada sesapa yang dok bercadang nak mengadap PTPTN tu.. Silakan.. pergi la mengadap.. Dorang tersangatlah 0k.. korang bebas untuk negotiate dan sembang²... bawak berbincang... dok tangguh² pun tak settle jugak.. hutang makin meningkat.. discuss la dengan dorg setakat mana yang kite mampu nak bayar.. dah settle berbincang tu.. kite doakan banyak² kot kot la kerajaan lepas ni umumkan pinjaman PTPTN dimansuhkan... hahaha..

Wassalam.

August 09, 2016

9 month Maryam Azra

Maryam dah 9 bulan...
Dah lama since 6 bulan lagi En Hubby dok ajak sunatkan Maryam.. Ibu iyekan aje... Ade je hal yang jadi aral belum mengizinkan lagi. Last² weekend hari tu teringat nak sunatkan.. Hari Sabtu.. kebanyakan klinik area Kajang tu tutup la pulak. Pagi² Ahad, teringat Klinik TTDI Grove tu bukak.. Doctor pun perempuan.. So terus call untuk buat confirmation. Petang tu lepas Asar ktorg pun pegi la ke klinik tu.. Dekat je dgn rumah.. senang...

Mood Maryam hari tu macam tak brapa nak 0k pulak.. 0h yee.. Gigi baru keluar.. yeayyy!! So merengek je la dia these few days.. Kat klinik tu pulak masa Ibu bukakkan diapers tu menangis jgk dia..Lepas tu Doktor dah siap sunatkan menangis sikit je..Dah diam... Legaaa.... Darah ckit je.. Buat syarat je.. Ubat pun takde.. RM50...settle

Itu la pengalaman pertama sunatkan anak... Al maklum la... lagi 2 org tu hero... Belum berpengalaman sunatkan anak... in shaa Allah hujung tahun ni... :) 

July 05, 2016

Ramadan is leaving

Sedih..
Ramadan bakal berlalu..
Beberapa detik saja lagi..
Apa saja amalku tahun ni?
Ya Allah.. berilah kesempatan untuk aku bertemu lagi dengan Ramadan thn hadapan..
Belum puas bertemu mu ya Ramadan..
Belum cukup amal yg aku lakukan..
Pahala berlipat ganda yg dia janjikan Allah yg terkandung di dalam mu..
Belum aku rebut...
Kini kau bakal berlalu..
Tinggallah aku yang rugi..
Ya Allah.. tuhan semesta alam..
Ya Allah.. tuhan yg maha mengasihani..
Panjangkanlah umur ku supaya aku berkesempatan bertemu lagi dengan Ramadan tahun hadapan..
Aku pasti merinduimu Ramadan..

June 14, 2016

Mak yang Bangga

Title tak boleh blah sangatt kannn... hahhaaha


Maklum la.. first time anak masuk sekolah rendah kan.. Baru tengok pulak result setiap ujian dan periksa boleh check online.. Teruja la mak nya... Apatah lagi kali ni Darwisy dapat result yang Alhamdulillah, Mak syukur sangat!



Result segini memang sangat bangga dah mak dia.. Tambahan pulak masa exam berlangsung tu Darwisy demam teruk sangat. seminggu langsung tak pergi sekolah. Badan punya la panas. Malam-malam siap ketar-ketar badan dia. Kita suruh study pun dia tak larat.. Mak redha saja la masa tu. dan bila keluar result segini, memang Alhamdulillah sangat la..

Tapi, mak tetap sedar. Darwisy baru darjah 1 kot. perjalanan masih sangattttttttttttttt jauh. Namun, ini permulaan yang baik untuk dia. Doa Ibu, semoga Darwisy terus cemerlang, dunia dan akhirat. Amin..

May 20, 2016

6 month old Maryam Azra

Maryam turns 6 mth on 6 May 2016. Kejap je masa berlalu. Dah 6 bulan tuan puteri ibu.. Alhamdulillah.. Masih exclusively breastfeeding..

Dah pandai sekarang.. maklum la dah kenal orang di sekeliling. Kalau ade Ibu mula la Maryam merengek mintak perhatian ibu..hehe

Ibu dah start bagi solid food utk Maryam. Buat masa ni baru 2 menu. Pumpkin + potato.. dan lagi satu Barli + Sweet potato.. Sedap je tengok maryam makan.. Weekend ni ibu nak try buat porridge pulak.. yeayy!

May 06, 2016

AADC2

0k.... Mak masih tak boleh move on.. Walaupun dah seminggu nonton AADC2 di bioskop. Jumaat 30 April 2016..

Karya yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.. Membuatkan penonton terawang-awang.. Terbuai-buai..  Feeling bercinta sangat! Di ulangi.. NGAK BISA MOVE ON!! Gue percaya.. bukan hanya gue.. lewat IG gue lihat ramei lagi yang seperti gue.. Ngak bisa move on selepas nonton AADC 2.. Duhh!!

Puisi-puisi Rangga.. (walaupun tak paham) hahaha... sangat terkesan.. Adegan-adegan romantik.. how they spend their time together.. moments Rangga dan Cinta.. seharian di Jogja.. walaupun scene kissing dorg kena potong.. Filem ini tetap menarik.

Harus nonton lagi... tapi ntah bila..

April 15, 2016

Introducing Solid

Maryam Azra dah 5 bulan 10 hari. Semalam complete imunisasi 3 serangkai utk 3rd dose.. Nurse pesan masuk je 6 bulan boleh terus bagi makan bubur... Wah.. Ibu sangat excited la... hahahaha... Walaupun dah nak ketiga kan... Pengalaman setiap anak tu lain-lain...  dan sebab faktor umur dan jugak kesan ubat bius mase bersalin, ade yang Ibu dah lupa pun... hahahaha....

Ibu pun start google pasal introducing solid ni... once again.. walaupun dah anak ketiga.. ;) 

Adakah bayi saya bersedia untuk makanan pejal?

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia: 
  • Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
    Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
  • Duduk dengan baik apabila dipegang
    Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. 
  • Melakukan pergerakan mengunyah
    Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. 
  • Berat badan telah naik secara sihat
    Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. 
  • Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
    Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
*copy&paste

Since esok hari cuti.. Ibu plan nak start solid food utk Maryam.. yeayyy!!!

April 06, 2016

Memori

November 08, 2015

November 03, 2015

The Journey

Hari ni my pregnancy is 39 weeks 4 days... Hurmm... kalau hero-hero ibu yang 2 org tu dah tengok dunia dah time ni.. Nampaknya baby kali ni nak dok lama dalam perut ibu.

Kalau tak bersalin jugak esok lusa ni.. maka hari Khamis ni kena pegi menyerah diri di Hospital Kajang la.. Surat untuk admit Doctor dah bagi awal-awal lagi.. Sebab kali ni ibu ada GDM...

4 November 2015.
Nampaknya memang baby takmo kluar lagi. Pkl 1.30am (4/11/15) lepas kencing dok baring sementara terlelap balik rase ade air keluar. Ingatkan dah turun air macam abang2 sblm ni.. Bile tengok darah rupanya. Nervous jugak.. tapi sb tak sakit lagi rilex je la.. sempat google dulu pasal turun darah ni. Kebanyakan nye kalau pg hospital dorang akan discharge jgk and tunggu sampai sakit dulu. So.. paksakan diri tido balik..

Petangnya.. lepas lunch pegi hospital Kajang. Saje nak check.. ngee.. boleh cenggitu? Lama jgk kat PAC-Patient Assessment Centre.. ramai rupanya ibu-ibu nak bersalin.. Doc buat CtG and check bukaan... baru 1.5cm. Disebabkan wad pun penuh.. ada kenderaan sendiri.. dan rumah dekat maka dorg discharge dulu. Suruh dtg balik esoknye - as planned before.

5 November 2015.
Hantar Darwisy pg tadika.. terus datang ke hospital. Register utk.masuk wad and sempat pegi breakfast dgn hubby. Lps tu pg PAC lagi utk tunggu masuk wad.. dari pkl 9am, sampai pkl 1130am baru dapat katil.. lamanya la.. And sekarang terbaring kat wad lepas kekenyangan after having my lunch..😂😂 Tunggu la lagi...

September 17, 2015

Placenta Previa

Minggu ni my pregnancy turns 33 weeks..

Dulu² check up buat kat klinik swasta je.. Sebab klinik tu pun ade buku rekod sendiri.. tapi bile pregnancy turns 24 weeks dapat result MGTT alamak... sangkut GDM la pulak... 8.9 tu reading lepas MGTT.. Hurm... lepas 2 minggu monitor sendiri glucose Dr Wana suruh start consume Metformin. 2 kali sehari...

Masuk minggu ke 28 pregnancy.. Dr Wana baru nampak uri kat bawah la pulak.. masa tu type 2.. tapi Alhamdulillah takde bleeding pun so far. Terus dia buat surat refer ke Hosp Serdang untuk booking for delivery. Makanya... akak pun ambik la cuti dah terjah Hospital Serdang.. Sebelum tu dah dengar diorang tak accept ramai patients sebab diorang tengah renovate delivery unit dorang.. tapi I just my luck.. dan ternyata.. kena reject.. Hahaha.. So terus ke Hosp Kajang.. Diorg bagi date 2 September utk datang for an appointment. 

Terus pegi bukak Buku Merah la.. takut nanti masalah plak kalau takde buku merah... Nasib nurse 0k.. walaupun dan minggu ke 29 pregnancy time tu.. Masa scan kat Klinik Kesihatan Kajang tu Dr Meme cakap my PP dah type 4.. memang nampak scan Dr tunjuk tu.. jalan dah tutup habis.. Huh.. scary jugakk... Tapi yang happynye bila Dr Meme tanye dah nampak jantina baby ke? Akak ckp baby girl betul ke Dr?? and she replied.. aah.. baby girl..... yeayyyy!!! memang rase nak melompat la.. tapi sabarr!! So..rase mcm confident la kan sebab sblm ni 2 kali scan Dr Wana pun cakap benda yang sama... yeay!! 

Dan.. my PP... mase appointment dengan O&G Clinic Hosp Kajang.. Dr Shahril tu cakap direct je.. '0k.. sekarang PP type 3, lagi 3 minggu kite jumpa awak balik.. balik rumah nanti discuss dengan husband.. anak yg 6 tahun dan 3 tahun ni sapa nak jaga lepas ni. sebab 21hb ni kita akan admit awak di sini selama sebulan.. sampai kandungan 38 minggu baru czer'.... Gulppp.... dalam blur².. akak mengiakan aje la cakap Dr tu...

Dan next week 21/09/2015.... akak akan menyerahkan diri untuk berehat di Hospital Kajang la selama sebulan... Semoga dipermudahkan semuanya... Semoga dijauhkan dari komplikasi dan semoga selamat semuanya... Amin..

July 20, 2015

Mengimbau Kenangan - Sabah (Day 2)










Mengimbau Kenangan di Kinabalu (Day 1)

Kota Kinabalu.. here I come..

Tempat jatuh lagikan dikenang..

Sungguh ku rasakan tanah ini sebahagian dari diriku. Terlalu banyak kenangan suka duka pernah tercipta di sini. Rakan-rakan yg turut sama belajar di KK - UMS tentu merasakan perkara yg sama. Ada rakan yg kata sirih pulang ke gagang.. balik kampung halaman.. begitulah betapa dekatnya KK di hati kami.
10 tahun ku tinggalkan tanah ini. Terlalu byk perubahan yg berlaku. Adakalanya terasa agak asing padahal tanah ini suatu masa dulu adalah tempat permainanku. Rindu yg takkan pernah padam. Itu saja yg dpt ku gambarkan.

The journey begin. We traveled by train (KLIA Express). Parking kat Putrajaya Sentral, lepas tu naik KLIA Express ke KLIA 2. Parking kat Putrajaya Sentral pun murah je. 4D3N ni dalam RM12 je cenggitu la.. Flight plak, Malindo Air. Tiket murah utk we olls 4 branak (baby kat dalam perut ibu tak kire yee..;) 


3D Cheetah @ KLIA2.

Touch down @ KKIA. Tanah yang dirindui. Ambik cab, terus check in. Petang dah, jalan² kejap and terus pegi pasar malam kat belakang Philippine Market tu. Mengimbau kenangan. Tapau jus alpukat segelas.. Omakk aii.. mahai jugak RM7 segelas. 


 Dinner,, Latuk yang dirindui. Seafood pun memang murah giler.. Puas hati makan.. Nak pecah perut mak buyung. Berlatarbelakangkan laut yg bau tak brape nak mengancam ni.. hahaha.. bau ikan..huh!
 Lepas tu lepak² kat depan Todak Statue tu.. Imbau kenangan lagi.. Nampak kakak dugong tersadai kenyang + lenguh kaki berjalan tu.. ngee..




  

March 09, 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. I am 5 weeks pregnant. Check lepas lunch Khamis hr tu. Lepas lynch tu rase cam loya.. ape lagi.. trus pegi farmasi.. balik ofice masuk toilet. Mula2 tu nmpak 1 line je.. agak frust.. ala... xde pun..😢

Tapi tunggu lama2 nmpak mcm double line.. kabur2 je.. waaaaaaahh.... eh eh... double line.!! Alhamdulillah.. Allah je yg tahu perasaan masa tu betapa sronoknyaaa..

Syukur rezeki.. setelah sekian lama menanti. Stop amek Injection since Sept 2013 lg.. ni dah march 2015. Setahun lebih menanti kn. Tiap2 kali period delay asyik beli UPT je test.. tapi hampa..... Alhamdulillah.. akhirnya...

Harap2 kali ni baby girl la plak kn.. since dah ada 2 hero ni. Tapi kl dah Allah nk bg boy jugak pun xpa.. asalkan sihat sempurna besaq jadi anak yg soleh cukup laa... amin..

February 23, 2015

Balik Klate

Cuti CNY balik Kelantan. Bertolak hati selasa 7 jam perjalanan ikut LPT2 makan sampailah ke Kota Bharu. Penat o0o..

Sampai je Kota Bharu singgah lunch kat Nasi Ulam Cikgu. Memang marvellous.. nyum nyum..

Lps mkn balik ke Pulau Teluk Renjuna. Ayaq takdak..😭😭 Seksa la jgk nak berurusan.. makan minum mandi membasuh wuduk.. hohooo

Hari Rabu sempat ke Tak Bai,Thailand. Best oooiii shopping sini. Tung neelopak tu murah gilee kott.hahaha..

Khamis ada kenduri anak sedare hubby kt Rantau Panjang. Mula2 ingat nal singgah duti free bazar tu..tapi punya la ramai manusia cancel and terus balik ke Tumpat. Balik tu pegi Tak Bai lagi.. ngee 

Jumaat lepak kt pulau je.. hubby settlekan keje dia kat pulau..

Sabtu lepas je kenduri terus btolak balik Kajang. Jalan jem tak hengat 5jam dr Klate ke Tganu nak masuk LPT2 tu. 2pm btolak sampai rumah 2am.. 12 houra of journey.. hohoooo