April 05, 2009

My HERO!!

Darwisy dah dekat 2 bln skrg.. Alhamdulillah, walaupn terpaksa membesarkan Darwisy sendirian (since my husband tangah training), dia seorang bayi yang tak banyak meragam. Malam² pn bangun menyusu @ tukar diaper kejap saja and pastu tido balik..


Darwisy dah pandai senyum bila dia agah.. pandai nak bersembang dah.. ☺
And his toothless grin really make my heart melt!!


March 03, 2009

Asyraff Darwisy bin Azrul Hisyam

Asyraff Darwisy (Yg Mulia & Warak). His dad choose that name. Smoga Darwisy akan membesar dan menjadi insan yang berguna kepada agamanya, bangsanya dan negaranya. Amin..

*********
8 Februari 2009 - 12 Safar 1430H (Ahad)

Pagi sejarah.. bangun tido (dalam 6.15am), ade air ketuban kluar.. And since Dr. Siw dah pesan kl ade air ketuban kluar cpat² ke hospital, so aku pn bsiap² utk ke hospital.

Sampai aje di KMC, terus dibawa ke Labor Room. And they told me bukaan rahim dalam 2-3cm. Berdebar jgak perasaan mase tu..☺

Abah turun register ward.. room 506.. Abah and mak lang temankn aku pagi tu since mak keje.. When Dr. Siw came, he told me to fasting (in case kena caesar) and they expect aku akan deliver dalam pkl 2pm. Aku call bgtau hsband and what make me sad is.. dia terpaka tunggu sampai confirmed that baby had been delivered then baru dia akan diberi pelepasan utk balik tg0k baby.. Sedihkan? Tapi aku paham tugas dia.. ☺

Sampai pkl 12:30pm aku bl0m rase sakit. Dr. Siw check mase tu bukaan rahim baru 3cm.dia ckap dia akan dtg lg nnti pkl 3.. kl tak sakit and rahim tak bkak jgk, kena caesar.. takut jgk dengar sb mmg mase tu aku lnsung x rase sakit lg pn..

Lepas aje Dr. Siw pegi.. dlm 1:30pm aku rase sakit yg amat² la sangat.. rase nak buang air kecik, air besar.. smua ade.. hehe..

dan Alhamdulillah, pada jam 2:50pm aku selamat melahirkan Darwisy.

This is his pic 3 hours after birth.. at Kedah Medical Centre's nursery. berat Darwisy mase dilahirkn 3.05kg.. Actually, selepas sja delivery Darwisy terus dibawa ke nursery. Dalam lali² lepas deliver Dr.Siw tunjuk 'ini anak awak.. lelaki ke perempuan?' (sambil show Darwisy pnye 'punai'.. hehe) When i answered 'boy'.. then they bring Darwisy out.. bersihkn.. and bwak skali lg masuk labor room.. Darwisy nangis sangat that time.. Dr cakap dia kesejukan.. And they bring him to nursery.

Dalam pkl 4:30pm aku di bawa keluar dr Labor Room.. Terus ke wad. ingat nk tengok aby dulu.. but the nurse ask me to take rest.

Sampai di wad.. Rest kejap je.. Tringin sangat nk p feed Darwisy.. (melalui pembacaan, aku sedar yg Darwisy perlu diberi susu ibu dalam jam-jam pertama selepas kelahirannnya).. so, i'm trying to breastfeed him. tapi masalahnye, susu badan aku masih x kluar mase tu.

Bile aku turun ke nurseri, baby sitter tu bagitau diorg dah feed Darwisy.. Agak frust aku dengar, tapi xpe la since susu badan aku bl0m ade. Sempat tg0k Darwisy dari luar nursery je..

And this pic taken.


Malam tu dalam pkl 8:30 aku turun lg ke nursery.. with Wan..
first time holding Darwisy..Pengalaman yang sangat menyentuh perasaan..

(first time pegang Darwisy)

Esoknye pukul 5am baru Abang sampai..

Ni plak pic first time 'Ayah' hold his 'HERO'..!

Alhamdulillah, thanks Allah for this greatest gift!

February 07, 2009

Sign of labour

Back to work after 6 days MC.. erm.. rase tak larat sangat actually.. tapi since taktau bile nak deliver.. nak amik maternity leave skrg, rase sayang plak.. sebab nanti mase utk bersama baby akan jd kurang.. Actually aku kena shingles last week.. Dr.Siw sangat worry bile tengok kayap tu.. Dia kata bleh attack saraf.. ada his patient yg kena shingles and DR kena admit kat ward and bcoz shingles caused severe pain patient tu sampai kena suntik morfin.. hohoo.. tak sangka that serious.. Alhamdulillah, dalam kes aku.. lepas 3-4 hari makan ubat yg Dr.Siw bagi, kayap tu kering dah.. tapi ade parut sikit la..No prob!


Last Thursday (30 Jan 2009) ade some bleeding.. Disebabkan xde rase sakit so aku just ignore.. Dalam hati agak worried.. And malam tu dalam pukul 230am mase pegi toilet, bleeding makin banyak.. since tak sakit aku try nak tido balik.. tapi mata dah tak nak lelap.. 330am.. pegi toilet lg.. and masih ade darah.. ketul².. i got scared.. Mak tanya aku sakit ke.. aku cakap tak.. when i told her bout the bleeding she got panicked..(more than me..hehe).. terus dia kejut kan abah and we went to KMC.. sampai sana misi sruh bawak aku ke labour room.. grrr.. nak besalin dah ke ni? hehe.. misi check bukaan rahim.. baru 1cm.. bleeding masih ada.. and dia kata contraction ada 6-7min skali.. erm.. from what i've read kalau nak besalin contraction lebih kurang 5 min skali.. tapi aku x rase sakit pn.. Since i got an appointment with Dr Siw pagi tu nurse tadi sruh balik dulu..

Morning tu jumpe Dr Siw.. he asked bout my condition... i feel good.. it just the bleeding.. after he did scanning dia kata baby 0k. air ketuban pn 0k.. so just wait sampai sakit ataupn air ketuban pecah..

And sampai hari ni, bleeding still ada walaupn dah seminggu lebih.. badan rase berat sangat and tido malam pn susah sangat.. Apapun.. i'll survive..hehhe.. demi anak ibu.. ♥☻♥

January 19, 2009

Its very amazing....about ur eyes...

*copy & paste from http://today-joke.blogspot.com/2009/01/its-very-amazingabout-ur-eyes.html


Can you read this ??? ?



Not possible to read anything?Then follow the guidelines given below















Close your eyes almost 90% so that you can actually read it..

January 17, 2009

17 January 2009

Semalam p wat check-up kt KMC.. puas Dr Siw kacau² baby nak tgok his face.. Tapi baby keep lindung muka dia dgn tangan.. yg baby tunjuk cuma...'konek' dia je.. huhuu..

♥harap² hubby dapat pelepasan CNY nanti.. Amin... bestnye!!

January 14, 2009

What's next?


Some article's on pengambilalihan ladang ternakan udang utk dijadikan terminal minyak..

Artikel from Sinar Harian (13 January 2009)
http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story2336199.asp)

Bela nasib kami: Penduduk Kerpan

AYER HITAM - Kira-kira 600 penduduk di sini, berhimpun secara aman bagi membantah tindakan kerajaan negeri memajukan Terminal Minyak Kerpan (TMK) di tapak projek ternakan udang mereka.

Mereka berkumpul sambil membawa sepanduk meminta kerajaan menyediakan alternatif baru kepada penduduk yang bagi mereka terjejas teruk kesan daripada pembangunan TMK di kawasan berkenaan.

Jurucakap Angkatan Warga Sedar (Awas), Izhar Azimat berkata, memorandum itu akan dihantar ke Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBDD) Kedah.

"Kami berhasrat menghantarnya esok (semalam) dan berharap ia akan diteliti sewajarnya bagi menjamin kehidupan warga penduduk di enam kampung yang terlibat.

"Ia merupakan langkah pertama dalam usaha menyatakan perasaan kami mengenai langkah yang hendak diambil kerajaan dalam memajukan TMK di sini," katanya.

Beliau berkata, menurut pelan kemajuan Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020 (Pindaan 2008) ada memperuntukkan pembangunan TMK di kawasan berkenaan.

Katanya, kawasan dikenal pasti itu terletak antara Sungai Tunjang dan Sungai Lana Bulu iaitu tapak Ladang Udang Kerpan.

"Kawasan ini di kelilingi enam kampung iaitu Kampung Baru Tepi Laut, Kuala Kerpan, Kuala Tunjang, Gandai, Bakau dan Padang Tui dengan jumlah lebih 1,200 penduduk," katanya.

Menurutnya, nota bantahan disediakan selaras kehendak peruntukan Seksyen 9 Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) yang memberi peluang orang awam membuat cadangan, pandangan atau bantahan terhadap dasar dicadangkan.

Mengenai Rancangan Struktur Negeri (RSN) yang disediakan, menurut beliau, seharusnya selari, malah saling mendukung dengan Dasar-dasar Strategik yang digubal di peringkat Rancangan Fizikal Negara (RFN).

Dalam salinan nota bantahan kepada Sinar Harian semalam, beliau turut menyatakan perkara itu turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan pantai ekosistem hidupan laut.

Katanya, TMK juga bercanggah dengan Dasar Subjek RSN Kedah (DS) yang hendak mengurangkan migrasi penduduk melalui penyelerakan pembangunan.

"TMK tidak mampu menyerap kehilangan pekerjaan, kerana peluang pekerjaannya terhad serta keperluan kelayakan dan pengalaman tidak dimiliki penduduk tempatan.

"Nelayan, pekebun, petani dan pekerja Ladang Udang Kerpan yang kehilangan pekerjaan terpaksa berpindah ke tempat lain mencari rezeki," katanya.

Menurut nota bantahan itu, penduduk Kerpan mencadangkan TMK dialihkan ke tempat lebih sesuai seperti di kawasan Industri Penapisan Petroleum di Yan.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika diminta mengulas berkata, kerajaan negeri telah memutuskan tidak akan membina loji itu di atas sawah seperti di Yan.


Berita Harian (14 Januari 2009)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090114090505/Article
Utara: Kedah setuju tukar status ladang udang
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my

AZIZAN diiringi Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak memeriksa akaun miliknya selepas merasmikan pembukaan cawangan CIMB Bank di Changlun, kelmarin.

MB minta patuhi syarat agar pemilik tanah tak teraniaya

CHANGLUN: Kerajaan Kedah bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat untuk menukar kawasan ladang ternakan udang harimau di Kerpan sebagai loji simpanan minyak pada masa depan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan negeri juga menyokong jika Kerajaan Pusat meluluskan permohonan syarikat itu yang mahu membangunkan loji simpanan minyak di situ berdasarkan syarat tertentu yang perlu dipatuhi supaya pemilik tanah tidak berasa teraniaya dengan projek yang bakal dilaksanakan.

"Antara syarat ditetapkan adalah pembinaan paip besar untuk menyalurkan minyak ke kawasan penapisan di Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam mestilah dibina sedalam sekurang-kurangnya dua meter supaya tidak mengganggu aktiviti pertanian terutama sawah yang diusahakan penduduk tempatan.

"Pada tahap kedalaman dua meter, ia akan melalui bahagian bawah kawasan pertanian tanpa mengganggu aktiviti pengusaha tempatan. Bagaimanapun pemilik tanah akan mendapat bayaran jika laluan paip minyak itu melalui kawasan mereka.

"Dengan ini penduduk tempatan yang mengusahakan sawah masih boleh terus menjalankan aktiviti mereka dan pada masa sama boleh mendapat bayaran jika tanah mereka terbabit dalam projek dicadangkan itu," katanya selepas melancarkan CIMB cawangan Changlun di sini, kelmarin.

Azizan berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan kepentingan penduduk yang mungkin kehilangan pekerjaan jika ladang ternakan itu ditutup dan diberi perhatian serius oleh syarikat yang bakal mengambil alih kawasan berkenaan.

Ladang ternakan udang harimau di Kerpan, seluas kira-kira 400 hektar itu kini menampung 216 pekerja, 95 peratus adalah penduduk tempatan.

Kelmarin, kira-kira 200 penduduk mengadakan demonstrasi membantah tindakan pembinaan loji simpanan minyak di kawasan itu kerana bimbang mengenai nasib penduduk yang bakal mengalami kerugian selain mungkin kehilangan pekerjaan.

Wakil penduduk, Izhar Azman, berkata kebanyakan pekerja di ladang ini adalah terdiri daripada golongan berpendidikan rendah dan bergantung kepada pekerjaan itu semata-mata.

"Adalah mustahil bagi mereka untuk bekerja di loji minyak itu kerana tidak memiliki sebarang pengalaman," katanya.

Difahamkan, perbincangan mengenai cadangan itu bermula pada 17 Disember tahun lalu dengan mesyuarat antara wakil syarikat pelabur, pemilik ladang iaitu Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB) dan pemajak ladang berkenaan yang juga syarikat di bawah naungan Khazanah Nasional Berhad, Blue Archipelago Berhad (BAB).

Ermm.... tak tau nak cakap apa..!!

January 10, 2009

My Baby

Image scanned on Dec 26, 2008. Mase tu dalam 32 weeks pregnant.. Baby tutup mulut ngan tangan.. That's why image x clear sgt.. Lagi pn time tu kedudukan baby songsang. Dr Siw kata lg susah nak tg0k baby's face sebab kedudukan yg songsang and tangan yang dia tutup mulut tu.. Dr. Siw dah try kacau².. tapi baby still malu.. X nak alih jgk tangan tu..


And cuti weekend semalam 'ibu' dah cuci semua baju² baby.. I'm ready to have u anytime honey!!

January 08, 2009

Thanks Anie..


Balik keje semalam tgok ade parcel for me.. and as expected its from Anie.. Baju baby yang sangat cute!! Thanks Anie.. memang teruja sgt bile dapat ni.. happy sangat.. have a look.. isnt tis cute??