November 17, 2012

Datang dan Pergi

Hari ini tetiba hati ni rasa sayu.. Kak Ida, jiran depan rumahku akan berpindah ke Melaka.. 3 tahun di Kuarters Penjara Kajang ni  menyaksi kan jiran datang dan pergi..Kak Ida yang pernah mengasuh Darwisy sejak Januari 2010 hingga Mei 2012 akan berpindah ke Sek Henry Gurnet, Melaka mengikut suaminya Tuan Yusni yang dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke sana..

Semalam kak ida datang ke rumahku bersama satu bungkusan berbalut cantik.. Pelbagai iisu kami bualkan..Mungkin kali ini yang terakhir entah bila akan bersua lagi.. Terima kasih kak ikkda atas bantuan terhadap aku dan suami kerana membantu menjaga Darwisy sepanjang kamikeluar bekerja.. Hnya ALLAH SWT yang dapat membalas kebaikan tersebut..

Niza & Naidi, Hanim & Fendi yang berpindah ke Penjara Perlis.. Lili dan Asmah yang berkahwin dan berpindah ke Wira Jaya.. Tuan Zul dan Ilah yang berpindah ke kuarters timbalan penguasa.. juga Shahida (jiran yg tak pernah aku bertegur sapa) yang mengikut suaminya ke Penjara Pengkalan Chepa.. Mungkin selepas ini giliran kami siapa tahu...

Apapun aku doakan semoga  semuanya lebih baik di tempat baru..Semoga ukhwah yg terjalin akan terus bersemi.. Semoga Allah swt merahmati kita semua.. Macam tu la hidup sebagai isteri pegawai unit beruniform agaknya.. Datang dan pergi... :-)



July 02, 2012

I am Back

Back to work after 2 months 1 week leave...

Pagi ni masa meninggal 2 orang hero ibu tu menitik jugak la air mata.. tapi tak la teruk sangat sebab ibu tinggalkan diorg pada ayah.. Kebetulan ayah keje syif petang hari ni..

My two heroes... ;)

April 19, 2012

Maternity Leave

Yeaahhh....

Next week Ibu akan start maternity leave!
Smoga adik baby cepat² la keluar...

February 28, 2012

Sleepy

Photobucket

December 02, 2011

Welcome December

December....


The last month of the year...

2011 - only 29 days left..

2012 is just around the corner...


Let bygone be bygone... I wish there will be the best for the coming year - 2012...




Expecting new family member next year.. :)




Darwisy yang dah nearly 3 years old..

Mulutnya... pot pek pok pek...


Malam tadi lepas mandi aku mengenakan baju tidur.. and he asked me..



Darwisy : Ibu pakai baju ape tu?

Ibu : Ibu pakai baju tido...

Darwisy: Bukan la... Ibu pakai baju flower.. butterfly... bird.....

(kat baju tu memang ada gambar flower, bird & butterfly... ) So sweet!!


November 15, 2011

Balik Kampung

Bestnye....

Lusa dah start cuti....

Cuti kali ni turn balik ke kampung husband di Kelate...

Bestnye mengenangkan makanan² enak kat sana...

Hehe... dalam banyak² bende makanan jugak yg dikenang.. ;P


Makan is my passion... Hahaha.. Boleh gitew??


Membayangkan....

Chicken chop kat Restoran Selera Cik Siti...

(gambar cilok dari En. Google)

Sup perut + daging bakar kt Suliza Bazar MPKB...

Nasi Air kat atas Pasar Siti Khadijah...


Mee Camboo kat Pengkalan Kubur.. (tapi, time pregnant ni tekak mcm kembang ckit membayangkan all the processed food mcm fish ball, meatball, crabstick etc..)


Tapai goreng tok mek...


Nasi Berlauk...


Keropok Lekor Tumpat...


Sesungguhnya,...... semua ni tersangatlah sedapppppppp!!

September 15, 2011

Syawal 1432H

Syawal tahun ini disambut di kampung ku di Ayer Hitam Kedah


Kami bertolak balik sebaik saja aku tamat bekerja pada Jumaat (26 Oct 2011). Sempat singgah di Restoran Jejantas Sg Buloh untuk menjemput sepupu yang ingin turut serta pulang ke Kedah bersama kami sekeluarga.. Sempat membeli juadah untuk berbuka di sana.. Perjalanan diteruskan dan hanya berbuka di dalam kereta menikmati minuman ringan.. Sampai di R&R Rawang, masih dipenuhi kelibat manusia yang berhenti untuk berbuka dan solat Maghrib di situ... Perjalanan kami teruskan sehingga ke Hentian Tanjung Malim.. Kami menikmati hidangan berbuka di tepi jalan berdekatan petrol station di hentian tersebut..Alhamdulillah... Perjalanan diteruskan... Sampailah ke R&R Sungai Perak, En. Suami dah mengantuk.. berhenti seketika melelapkan mata di situ.. Bila dah lega ckit, teruskan balik perjalanan dan sampailah kami di Ayer Hitam Kedah kira-kira jam 2:30am - 27 Oct 2011.


Here are some picture taken during Syawal this year:









August 12, 2011

Ramadhan 1432H

Alhamdulillah..


Allah swt memberikan kesempatan kepada aku untuk sekali lagi merasai nikmat Ramadhan..

1 Ramadhan 1432H disambut di kampung halaman suami, di Kelantan. Kenangan yang sangat mengujakan kerana bilangan ahli keluarga yang ramai ketika sama² menanti untuk berbuka. Dikelilingi anak² saudara yang sememangnya 'happening' tatkala menanti waktu berbuka... Alhamdulillah berkongsi sedikit 'rezeki' di sana.


Perjalanan pulang dari Kelantan - Kajang pada 3 Ramadhan sangat meletihkan.. Kasihan Darwisy yang 'falt' habis akibat 'mabuk perjalanan'... Bertolak kira² jam 11 malam dari Kota Bharu.. Berhenti sepanjang jalan akibat suami yang tak mampu memandu dalam keadaan mengantuk. Menunaikan solat subuh di sebuah 'petrol pump' berhampiran Gua Musang..


Selepas hari cerah tu, kasihan sangat pada Darwisy.. muntah sepanjang perjalanan. Makan.. dan keluar balik semuanya.. Sampai dia Genting Sempah, kami belikan dia Bubur McD.. Sampai rumah kira² jam 2 petang.. Alhamdulillah.. Berseleranya Darwisy makan lepas tu.. mungkin kelaparan keranan apa yang dimakannya dari pagi hari semuanya dah dubuang balik akibat muntah tu.. ;)


5 Ramadhan.. Seperti biasa di pagi Jumaat akan diadakan 'Speaker's Corner'.. dan sempena Ramadhan topic pada pagi itu ialah 'Berpuasa di Bulan Ramadhan' oleh Ustaz Mohd Syakirin b Husain. Masih muda orangnya, baru 28 tahun tapi ceramahnya sangat menarik dan begitu sayu di saat mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz. Subhanallah, sangat lunak suaranya, meruntun kalbu. Semoga usaha murni Ustaz untuk membangunkan Madrasah di Pantai Remis, Perak akan dipermudahkan olehNYA dan dapat membimbing masyarakat ke arah menjadi umat Islam seperti yang sebenarnya dituntut oleh agama.. Amin..


Hari ni pulak 12 Ramadhan 1432H.. Speaker's corner pagi ni tetamu yang dijemupt ialah Ustaz Haji Riduan Mohamad Nor.. Tajuknya 'Ramadhan'.. Juga sangat menarik ceramahnya.. Alhamdulillah, Allah swt memilih aku untuk bekerja di organisasi ini.. Diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu di bulan yang mulia ini..


Kesempatan yang diberi kepada Aku yang cetek ilmunya... semoga dengan kesempatan sebegini dapat aku membuka ruang minda, membetul yang terkhilaf, berkongsi sedikit pengetahuan yang diterima walaupn sekadar dengan suami sendiri... Sempat membeli buku berjudul ' Cinta di Langit Gaza' menceritakan kenangan Ustaz Riduan sewaktu mengikuti misi kemanusiaan bersama NGO Muslim Care ke Gaza..


Dari ceramah Ustaz tadi, betapa dapat aku melihat keghairahannya untuk membebas Palestin dari Israel - Yahudi laknatullah.. Semoga umat Islam dapat bersatu dan melangsaikan hutang kita dengan Allah swt. InsyaAllah...