October 11, 2014

Basikal

Lepas selesai siapkan lunch tadi En. Suami datang bagitau nak ajak pegi belikan basikal 2nd hand utk darwisy.. Hurm.. layankan je la.. sembahyang asar and ibu pun siap2 nak keluar..

Mula2 pegi Kajang Prima kononnye ade member hubby bgtau ada kedai 2nd hand kat situ.. pusing punya pusing tak jumpa pun..teringat pulak kedai 2nd hand kat semenyih. Terus google.. dan kitorg pun gerak la ke sana...

2 kedai ktorg pegi.. Jumpa la basikal yg berkenan kat kedai kedua ni. Harga rm50 je.. padan la 'gerek' 2nd hand. Sbnarnye ada basikal dah kt rumah ni.. tapi beli saiz yg agak besar utk darwisy. Konon ayahnya nak tahan lama.. sekali hambekk kau anak nak naik pun susah..

Untungnya darwisy.. at his age rasenye ni dah basikal ke-4 dia. Tringat kenangan ibu kecik2 dulu.. My 1st bicycle share dengan kakngah.. When we were 5 @6.. dah tu rosak... Few years later baru dpt lg basikal.. pun 2nd hand. Makteh siti kot bagi basikal anak2 dia yg dorg dah taknak pakai. Punya la happy aku dpt basikal. I was 8 @ 9 tahun that time.

October 02, 2014

Jalan Jem

Tengah driving balik keje ni.. jalan jam la plak hari ni...

Diri ini seumpama pemburu
Yang memburu jawapan rindu darimu
Dengarkanlah rayuanku
Sila abaikan lirik di atas.. ia adalah lagu yg berkumandang saat dan ketika ini.. tetiba layan feeling dengar sinar.fm petang ni..

Jiwa kacau.. hehehe... For whatever reason let me keep it to myself.. 🙏

September 29, 2014

Edisi Syukur

Haa... lain macam tak tajuk entri kali ni? Hehehe... takde ape pun sebenarnye.. Sebagai hamba memang sepatutnya kita mensyukuri apa yang kita ada kan... Alhamdulillah. . Syukur..

Syukur ada kerja sendiri.. Walaupun kadangkala stress dgn kerja, tapi syukur kerana masih punya kerja maka tiap2 hujung bulan dapat gaji hasil dari titik peluh sendiri (walaupun gak pekuh kerja dlm ekon kot)..ngee

Syukur dikurniakan putera-putera yang comel dan sihat.. walaupun keletah kadang2 sampai ibu ni jadi monster.. satu taman bergegar kena jerkah ngn ibu.. Astarfirullahalazim... ada org lain bertahun kawen belum ada rezeki utk menimang cahayamata sendiri..

Syukur dikurniakan suami yang baik..hensem pulak tu.. selalu ringan tulang tolong kerja rumah.. nasib baik dia tolong.. kalau tak lagi la teruk tongkang pecah tu..

Syukur mak dan abah masih kuat.. diberikan kesihatan yang baik olehNYA.. Masih diberikan peluang untuk aku memperolehi nikmat doa dan restu drp ibubapa..

Aku bersyukur padamu ya Allah..

September 07, 2014

Redang Vacation

Alhamdulillah. .. cuti merdeka 2014 dapat kembali ke Pulau Redang untuk brcuti dgn keluarga RHB.. setelah sekian lama ktorg mengumpul duit.. hehehe..

Stay at Redang Mutiara Beach Resort di Telok Kalong, Pulau Redang. Pantai yang sangat cantik air biru dgn pasir yang halus memutih.. Subhanallah..

Percutian 3hari 2 malam di RMBR sangat memuaskan hati. Pakej yg disediakan sangat berbaloi. 3 kali snorkeling sepanjang prcutian sangat menyoronokkan. Darwisy pun berkesempatan snorkeling kejap dalam takut2 tu..

InsyaAllah kalau ada rezeki lagi kami pasti kembali ke Redang.

August 24, 2014

Petang Ahad

Cuma berehat-rehat di rumah sebab ayah bekerja hari ni. Ibu pun buat donut untuk putera-putera kesayangan ibu.

June 01, 2014

February 2013

February 2013 in memory.. Kenangan di Cameron Highlands. For the first time in my life went to Cameron.. hehehe

It has been a year.. Tahun ni belum ada rezeki kemana-mana.. Tapi takpe we are still happy.. InsyaAllah ada rezeki nanti kita pegi la kan.. ;)

February 21, 2014

Dinner

Roti jala for dinner.. yea.. dah lamaaaaaa sangat tak buat roti jala ni.. tetiba malam ni fikir punya fikir.. diskusi dgn.incik hubby keluar la idea roti jalajala.

Punya la gerodek sana sini mencari acuan roti jala.. almaklumla dah bertahun agaknya tak buat.. dok jadi bahan mainan anak-anak je sblm ni..

Menjadi jugak akhirnya.. Alhamdulillah.. lets have dinner..

February 15, 2014

Darwisy and Azfar

Yeay... Its weekend!!

Masa untuk bersama my little heroes.. Nak main dengan anak-anak pun masa ni lah.. nak marah-marah pun masa ni lah.. Ibu kemas depa sepahkan balik.. Layan kerenah abang Darwisy yang penuh cerita.. Kisah kawan - kawan di sekolah.. Mengadu itu ini. Azfar pun tak ketinggalan.. dengan keletah yang semakin hari semakin 'sakan'...