February 23, 2015

Balik Klate

Cuti CNY balik Kelantan. Bertolak hati selasa 7 jam perjalanan ikut LPT2 makan sampailah ke Kota Bharu. Penat o0o..

Sampai je Kota Bharu singgah lunch kat Nasi Ulam Cikgu. Memang marvellous.. nyum nyum..

Lps mkn balik ke Pulau Teluk Renjuna. Ayaq takdak..😭😭 Seksa la jgk nak berurusan.. makan minum mandi membasuh wuduk.. hohooo

Hari Rabu sempat ke Tak Bai,Thailand. Best oooiii shopping sini. Tung neelopak tu murah gilee kott.hahaha..

Khamis ada kenduri anak sedare hubby kt Rantau Panjang. Mula2 ingat nal singgah duti free bazar tu..tapi punya la ramai manusia cancel and terus balik ke Tumpat. Balik tu pegi Tak Bai lagi.. ngee 

Jumaat lepak kt pulau je.. hubby settlekan keje dia kat pulau..

Sabtu lepas je kenduri terus btolak balik Kajang. Jalan jem tak hengat 5jam dr Klate ke Tganu nak masuk LPT2 tu. 2pm btolak sampai rumah 2am.. 12 houra of journey.. hohoooo

February 06, 2015

Balik Kedah

Weekend 31 Januari 2014.. Sepatutnya kitorg plan nk pegi Cameron Highlands. Tapi tu la kan.. Manusia merancang Allah menentukan. Disebabkan mak tak berapa sihat maka kitorg pun tukar haluan balik ke Kedah. Jalan-jalan ke Cameron postponed la dulu.

Mujoq la arjuna beta tak brapa nak paham bahasa lagi. Takde la dorg frust sgt bila tak dpt pegi Cameron. Tapi si Azfar tiap-tiap hari bangun tido akan pegi kat frame gambar kt bilik tu dan tunjuk.. "Ibu.. nak pegi sini.. nak makan stroberi" Hohoooo

Lastly hari ni ibu pegi Jaya Grocer belikan stroberi menawan ni utk Adik.. haaaa.. Enjoy your strawberry sayang..

Masa balik kampung sempat ibu p jumpa schoolmates masa kt Teknik Kangaq dulu.. Pegi kebun tokcik kat Perik dan jumpa sorg kawan lama masa UMS dulu.

Nanti raya cina kita balik Kelantan pulak.. Yeay!!

January 24, 2015

Sesungguhnya Sihat Itu Satu Nikmat

Ibu selsema teruk sepanjang minggu ni. 2 hari MC. Tak pernah kot dalam sejarah MC sampai 2 hari disebabkan selsema je. Petang2 demam. Sakit kepala.. sesak dada..😢😢 Lemahnya ibu.. Berat pum turun dekat 2kg tu..hahaha.. baru brape hari tak sihatnyee..

Barulah sedar betapa sihat itu satu nikmat. Allah baru uji sikit je ni. Org lain sakit mcm2 yg lagi teruk kan.. Syukur la ni je ujian utk ibu..

Alhamdulillah pagi ni I feel better. Ayah request nak makan nasi goreng ikan masin. 0k.. nak google resepi kejap..😙

December 15, 2014

Big Bad Wolf 2014

Petang Sabtu hari tu berkesempatan pegi ke Big Bad Wolf di MIECC..

Sangat teruja bila tengok buku murah2.. rase cam nak beli semua skali.. hahahaha...

Walaupun dah bertahun dok sini.. tahun ni first  time pwgi BBW.. tu yang jakun semacam tu..ngee

Hasil tangkapan hari ni... TADAAAA...

December 12, 2014

Kasut Lagi.. Yeay!!

Ngee..

Balik keje tadi tetiba En.Hubby tanye kite nk pegi mana? Hurm.. boring la tu..

Tetiba dia suggest pegi Metro Point Kajang belikan kasut utk Abg Darwisy.. Ibu ok aje la..

Sampai kat Al Ikhsan tu.. lepas pilihkan kasut utk Darwisy ayah plak dok belek2 kasut for himself. Ibu lepak je la kat tepi tu.. ngee...

Tup tup ibu pun ringankan kaki try kasut jgk. Ibu mmg nk cari sport shoes.. tapi rase mcm baru lg beli kasut kan.. alang-alang En Hubby dah offer.. ibu pun grab the chance la...

Tadaa... ni la hasil nye.. Hambik kau! Nak sgt kan.. puas hati.. laalalallaala.. senang hati

December 02, 2014

National Zoo

Weekend... Yeay!!

On Saturday 29 Nov 2014 we went to Zoo Negara.

Best hero-hero ibu dpt tengok mcm2 haiwan ni. Sempat jugak tengok animal show. Memang menarik ibu pun excited jugak kalahkan anakanda.

Tapi... belom puas jalan2 ibu dah azab gile sebab kasut baru (previous entry) dah makan kaki.. Hadoi.. Tuhan je la tau betapa sakitnye.😂😂😂

Tak pernah kott sepanjang hidupnkena cenggitu.. huwaaaa...

November 26, 2014

Reward

Yeayy!!

Sempena gaji yg baru diterima ni.  Hahahaha... Hari ni akak reward myself with a pair of shoes..

Kaler ape erk.. Merah kot.. Tapi merah yg soft-soft je gitew.. Akak suke.. akak sukee...

Seronott sangat. Last akak beli kasut last year kot. Tu pun kirim dgn kawan dr UK. Clarks. Dah dekat nak hancoq yg tu baru akak beli yang ni. Akak bukan org kaya pun nk beli kasut seluloi kan..

November 20, 2014

Puteri Resort Melaka

Weekend lepas kitorg pegi Melaka. Kebetulan EnAsben dpt jemputan ceramah anjuran JKM Selangor. Dah alang-alang dapat bilik free kami anak branak pun mengikut la sekali.

Yang paling best pasal resort ni adalah swimming  pool  dia. Besar pool dia. 2 utk kanak-kanak and 1 utk dewasa. Budak-budak ni berendam je la kejenye. Ibu tumpang sekali la dah ayahnye keje. Paling best JueBard and family pun join skali. Makin meriah la jadinye hero-hero ni.

Back to resort ni.. I dont expect much sebab bilik free kan. Bilik mmg luas dah selesa. Tapi makan failed ckit. Takyah komen lebih kot yg tu. 😛