January 09, 2017

09012017

Welcome 2017!🎉🎊

Dah hari ke 9 tahun 2017. Allahuakbar!

Rabu lepas tiba-tiba lepas balik dari office rasa sakit dada.. sesak nafas.. sakit pinggang.. jalan pun kena berpaut. Pergi klinik, Dr cakap gastrik. Makan ubat lega la malam tu. Esoknya hari Khamis keje macam biasa. Tapi satu hari menanggung sakit kepala di office. Sebab banyak sangat angin kot. Otw balik siap termuntah dalam kereta waktu tengah driving. MC hari Jumaat tu. Jumaat dan Sabtu okay dah sikit. Ahad datang balik sakit kepala nya. Lepas tu dengan perangai orang lain yang menguji iman yang lagi nipis dari kulit bawang ni.

Agaknya yang dok sakit-sakit kepala ni berpunca dari stress jugak kot erk?

Hari ni pulak datang ofice password portaldom PC terlupa. Ntah hilang ingatan agaknya kejap. Bercakap pulak dgn officer yang kemain lagi sarcastic nya.. Amboi kakak... orang mintak tolong. Takpe la.. harap-harap Allah permudahkan urusan awak. Mungkin awak ada masalah dengan laki kot? Adooiii.. mula la aku nak mengarut ni bila layankan sakit hati ni dengan perkataan awak tu.

Astarfirullah. Astarfirullah..

Aku cuma nak yang baik-baik untuk 2017. May Allah ease my journey. Amin..

October 06, 2016

Apa Yang Kau Cari

Hidup ni sementara. Cuma persinggahan. Ada tempat lin yang kekal. Itu tujuan sebenar kita. Tapi sejauh mana kita bersedia untuk itu? Semoga.. saat kita dijemput pulang oleh yang Maha Pencipta.. Dia menyayangi kita ketika itu. Dia redha ke atas kita ketika itu. Kita mencintaiNya dengan sebenar-benarnya.. melebihi segalanya!

Anak-anak yang dikurniakan kepada kita. Semoga mereka mampu menjadi saham akhirat kita dalam.menuju syurga Allah. Betapa sayangnya kita kepada amanah Allah ini, semoga kasih sayang itu membawa kita ke syurgaNya.

Semoga mampu untuk kita bentuk.mereka.. bimbing mereka menjadi hamba yang bertaqwa. Mencintai agamanya.. mencintai penciptanya melebihi segala apapun. Semoga mereka mampu mengheret kita ke syurga yang kekal abadi. Kerana di sanalah kebahagiaan sebenar yang kita cari.

Betapa banyaknya masa yang terbuang.. betapa banyaknya dosa yang terhimpun. Semoga diampuni oleh Nya. Amin

September 21, 2016

PTPTN oh PTPTN

21/09/2016
Hurmm... 
Setelah 10 tahun lebih tamat pengajian.. 
Selepas mendapat segulung ijazah... 
Selepas berkahwin.. beranak-pinak.. 
Selepas menganggur.. keje kerani.. eksekutif... manager... Ehh..belum lagi..hehehe
Hutang PTPTN masih belum langsai..
Dari hutang RM19500... sekarang dah jadi RM27000
Hohoooo.... Hambikk kau!

Masa mula-mula graduated.. dengan jawatan Pegawai Pemasaran kononnye di sebuah syarikat pelancongan.. gaji bulanan RM800.. cer citer celah mana akak nak bayar PTPTN ni?? Sewa bilik je dah 200.. Tambang pegi keje balik keje... Makan.. Pakai.. Huiii.. Azab tau! Dapat gaji je menangis.. Kenangkan macamana nak survive sampai ke hujung bulan ni.. Adoiii...

Akhirnya... CCIRS kong... Imigresen pun dah blacklist!

Selepas bertahun cubaan untuk pejam mata... batukan diri.. hahaha.. maka hari ni akak beranikan diri mengadap pegawai PTPTN tu... 

Puan.. saya nak cek tunggakan pinjaman.. dan nak keluarkan duit dari akaun II KWSP untuk kurangkan baki pinjaman.. Dia pun check².. 'Ikut jadual pembiayaan puan ni memang semua tertunggak'.. hahahaha.... Puan bayar ckit kite convert ke Ujrah.. Lepas tu kite reschedule balik.. saya keluarkan surat untuk pihak bank'

Hekk Eleh.... tak de ape pun kottt... hahahah... Tang² tu jugak pegawai tu proses permohonan pengeluaran KWSP Akaun II.. Ade la sikit²... So bakinya buat la jadual balik... Redha saja la dalam CCRIS ada "R" lepas ni... Harap² pihak bank takde la kejam sgt tengok CCRIS akak ade 'R' tang pinjaman PTPTN tu.. 15 tahun kottt... Hadoiii Harapnya takde la ape² loan lagi dah nak buat lepas ni.. takmo dah hidup menanggung hutang ni.. letih!!

Sekianlah al kisahnya... lega satu beban dalam kepala ni...

Nasihat kepada sesapa yang dok bercadang nak mengadap PTPTN tu.. Silakan.. pergi la mengadap.. Dorang tersangatlah 0k.. korang bebas untuk negotiate dan sembang²... bawak berbincang... dok tangguh² pun tak settle jugak.. hutang makin meningkat.. discuss la dengan dorg setakat mana yang kite mampu nak bayar.. dah settle berbincang tu.. kite doakan banyak² kot kot la kerajaan lepas ni umumkan pinjaman PTPTN dimansuhkan... hahaha..

Wassalam.

August 09, 2016

9 month Maryam Azra

Maryam dah 9 bulan...
Dah lama since 6 bulan lagi En Hubby dok ajak sunatkan Maryam.. Ibu iyekan aje... Ade je hal yang jadi aral belum mengizinkan lagi. Last² weekend hari tu teringat nak sunatkan.. Hari Sabtu.. kebanyakan klinik area Kajang tu tutup la pulak. Pagi² Ahad, teringat Klinik TTDI Grove tu bukak.. Doctor pun perempuan.. So terus call untuk buat confirmation. Petang tu lepas Asar ktorg pun pegi la ke klinik tu.. Dekat je dgn rumah.. senang...

Mood Maryam hari tu macam tak brapa nak 0k pulak.. 0h yee.. Gigi baru keluar.. yeayyy!! So merengek je la dia these few days.. Kat klinik tu pulak masa Ibu bukakkan diapers tu menangis jgk dia..Lepas tu Doktor dah siap sunatkan menangis sikit je..Dah diam... Legaaa.... Darah ckit je.. Buat syarat je.. Ubat pun takde.. RM50...settle

Itu la pengalaman pertama sunatkan anak... Al maklum la... lagi 2 org tu hero... Belum berpengalaman sunatkan anak... in shaa Allah hujung tahun ni... :) 

July 05, 2016

Ramadan is leaving

Sedih..
Ramadan bakal berlalu..
Beberapa detik saja lagi..
Apa saja amalku tahun ni?
Ya Allah.. berilah kesempatan untuk aku bertemu lagi dengan Ramadan thn hadapan..
Belum puas bertemu mu ya Ramadan..
Belum cukup amal yg aku lakukan..
Pahala berlipat ganda yg dia janjikan Allah yg terkandung di dalam mu..
Belum aku rebut...
Kini kau bakal berlalu..
Tinggallah aku yang rugi..
Ya Allah.. tuhan semesta alam..
Ya Allah.. tuhan yg maha mengasihani..
Panjangkanlah umur ku supaya aku berkesempatan bertemu lagi dengan Ramadan tahun hadapan..
Aku pasti merinduimu Ramadan..

June 14, 2016

Mak yang Bangga

Title tak boleh blah sangatt kannn... hahhaaha


Maklum la.. first time anak masuk sekolah rendah kan.. Baru tengok pulak result setiap ujian dan periksa boleh check online.. Teruja la mak nya... Apatah lagi kali ni Darwisy dapat result yang Alhamdulillah, Mak syukur sangat!



Result segini memang sangat bangga dah mak dia.. Tambahan pulak masa exam berlangsung tu Darwisy demam teruk sangat. seminggu langsung tak pergi sekolah. Badan punya la panas. Malam-malam siap ketar-ketar badan dia. Kita suruh study pun dia tak larat.. Mak redha saja la masa tu. dan bila keluar result segini, memang Alhamdulillah sangat la..

Tapi, mak tetap sedar. Darwisy baru darjah 1 kot. perjalanan masih sangattttttttttttttt jauh. Namun, ini permulaan yang baik untuk dia. Doa Ibu, semoga Darwisy terus cemerlang, dunia dan akhirat. Amin..

May 20, 2016

6 month old Maryam Azra

Maryam turns 6 mth on 6 May 2016. Kejap je masa berlalu. Dah 6 bulan tuan puteri ibu.. Alhamdulillah.. Masih exclusively breastfeeding..

Dah pandai sekarang.. maklum la dah kenal orang di sekeliling. Kalau ade Ibu mula la Maryam merengek mintak perhatian ibu..hehe

Ibu dah start bagi solid food utk Maryam. Buat masa ni baru 2 menu. Pumpkin + potato.. dan lagi satu Barli + Sweet potato.. Sedap je tengok maryam makan.. Weekend ni ibu nak try buat porridge pulak.. yeayy!

May 06, 2016

AADC2

0k.... Mak masih tak boleh move on.. Walaupun dah seminggu nonton AADC2 di bioskop. Jumaat 30 April 2016..

Karya yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.. Membuatkan penonton terawang-awang.. Terbuai-buai..  Feeling bercinta sangat! Di ulangi.. NGAK BISA MOVE ON!! Gue percaya.. bukan hanya gue.. lewat IG gue lihat ramei lagi yang seperti gue.. Ngak bisa move on selepas nonton AADC 2.. Duhh!!

Puisi-puisi Rangga.. (walaupun tak paham) hahaha... sangat terkesan.. Adegan-adegan romantik.. how they spend their time together.. moments Rangga dan Cinta.. seharian di Jogja.. walaupun scene kissing dorg kena potong.. Filem ini tetap menarik.

Harus nonton lagi... tapi ntah bila..