December 25, 2010

Year End 2010


2010 hanya tinggal beberapa hari saja lg..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas apa yg dikurniakan olehNYA kepadaku sepanjang tahun ini...

Semoga, 2011 akan membawa bersamanya lebih rezeki dan rahmat dariMu Ya Allah..

October 27, 2010

Tetamu Allah




Alhamdulillah.. Tahun ni mak dan abah terpilih antara insan-insan bertuah diberi peluang menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah haji.. Cita-cita mak dan abah sekian lama akhirnya tercapai.. Alhamdulillah.. Syukur padamu ya Allah..

Mak dan abah bertolak dari Airport Alor Setar 24 October 2010 (KT54) pada 3:30pm... dan penerbangan KLIA - Jeddah pada 25 October 2010 jam 5:30am...

Pada jam 4:26pm (25/09/2010) aku menerima panggilan dari abah memaklumkan mereka telah selamat tiba di Airport Jeddah dan menanti bas untuk ke Tanah Suci.. Dan kira-kira jam 9:00pm sewaktu aku menelefon mak dan abah Alhamdulillah, bas mereka sudah selamat sampai ke Bumi Mekah Al-Mukaramah... Dari intonasi mak dan abah, dapat aku mendengar rasa gembira yang tidak terhingga mereka kerana dapat menjejakkan kaki ke bumi yang cukup istimewa bagi seorang Muslim itu.. Alhamdulillah... Tentunya keletihan akibat perjalanan jauh selama kira 10 jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah itu terubat..! Mereka tiba di hotel penginapan Al- Quds. Maktab 80, bilik 303 dan 304..

Sewaktu berada di pejabat pada keesokan harinya (26/10/2010) aku menerima panggilan dari Mak, melahirkan kegembiraannya melihat Kaabah di depan mata.. Perbualan kami ketika itu tak begitu jelas kerana kebingitan mak di tengah-tengah jutaan tetamu Allah di depan Kaabah.. Alhamdulillah... hanya syukur yang tak terhingga dapat aku zahirkan.. Betapa impian mereka selama ini telah Engkau makbulkan ya Allah.. Pesan mak pada aku waktu itu, 'Hang pun simpan la duit kak long.. Ada 1300 pi daftar dulu.. Syok kak long, dapat mai sini'.... InsyaAllah Mak.. itu juga cita-cita ku.. :) Makbulkan lah Ya Allah...

27 September 2010.. 9:57pm.. aku terima panggilan dari abah.. Dia mintak aku cuba hubungi mak sebab dia terpaksa menukar no baru kerana no lamanya rosak.. Sampai sekarang, aku belum dapat menghubungi mak.. mungkin mak sedang melakukan tawaf..

Semoga semuanya baik-baik belaka... Semoga Allah swt mengurniakan kesihatan yang baik kepada mak dan abah untuk mereka beramal dengan sempurna di sana Ya Allah.. Amin ya Rabbal Alamin...

September 29, 2010

Syukur

Alhamdulillah...

25/9 yang lalu genap usiaku 29thn... Terima kasih kpd mak yang melahirkan aku ke dunia ini.. miss u mak! insyaAllah... kami sekeluarga akan balik ke kedah sblm mak berlepas ke tanah suci nanti.. Alhamdulillah.. mak dan abah diberi kesempatan untuk menjadi tetamu-Nya di tanah suci tahun ini.. semoga semuanya berjalan lancar.. dipermudahkan oleh Dia segala ibadat dan urusan mereka di sana Ya Allah...Semoga mereka mendapat haji yang mabrur..

Hadiah istimewa sempena ulangtahun kelahiran ku tahun ini ialah, offer kerja dari RHB Islamic Bank.. InsyaAllah kejap lagi akan pegi untuk medical check up dan kalau lulus medical check up boleh terus ke RHB Centre untuk collect offer letter.. Harap2 segalanya lancar dan lulus test tu nanti... Amin ya rabbal A'lamin...

September 02, 2010

Mixed feelings

Emosi yang bercampur di saat ini.. Sedih, gembira, takut, risau, lega.. dan pelbagai lagi.. Keputusan untuk meninggalkan tempat aku berkhidmat selama lebih 2 tahun ini adalah satu keputusan besar dalam hidupku.. Aku mengharapkan keputusan ini tepat, dan semoga, takdir yang lebih baik akan dianugerahkan olehNYA kepadaku kelak..

Bak kata officemate aku, Li Ching.. 'U tak boleh dapat 2-2.. Kena lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain..' Ya... aku memilih keluarga.. demi anak aku Darwisy yang masih kecil.. dan demi suami tercinta yang banyak memberikan sokongan, nasihat dan peransang kepada ku..

Seperkara lagi, Aku bukanlah seorang yang kuat.. aku tidaklah sebegitu tabah dan tega untuk menempuh dugaan ini.. Aku tinggalkan rakan sekerja tanpa sebarang kata.. tanpa sepotong ayat.. maafkan aku.. Entahlah ada yang memahami atau tidak.. Itulah kenyataannya.. aku tidak cukup gagah dan kuat.. Tekanan itu tak mampu aku tanggung.. Aku fahami niatnya.. tapi caranya aku tak mampu.. itu bukan aku! Aku tidak setega itu.. aku pantas kalah..!

2 tahun bersama BAB, terlalu banyak yang aku pelajari.. dari seorang kerani, kepada seorang eksekutif.. terima kasih kerana memberikan peluang sebegitu banyak kepadaku di sini..terlalu banyak ilmu yang aku timba sepanjang khidmatku yang tak seberapa di sini.. Bangga berkesempatan untuk berbakti kepada kampung sendiri.. walaupn hanya seketika..

Harapan aku semoga, takdir yang mendatang adalah lebih baik dari hari ini.. Semoga aku menjadi insan yang lebih tabah, matang dan berjaya.. Semoga Dia sentiasa membimbing aku.. menetapkan imanku dan melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan, mambanjiri redhaNYA kepada aku, keluarga, saudara, rakan dan umat Muhammad di muka bumi ini.. Amin ya Allah..

September 01, 2010

Menu Ape Untuk Malam Ni?

Malam ni hubby and his friends ade Class Mengaji Al-Quran.. Class tu buat kt rumah malam ni.. So, sekarang tengah berkira-kira.. ape menu yg nak dihidangkan malam ni..
Mula² semalam ingat nak buat lengat pisang.. pisang dari belakang rumah yang dah 2 minggu patah batangnye sebelum pisang tu tua.. dah 2 minggu lebih kat dapur tak tau nak wat ape... Pagi tadi try kopek.. erm.. dah buruk la... so kena fikirkan menu baru..Something yang senang dan cepat disiapkan... ape erk?? Maybe kuih Qasidah?? Cantik namanya dan sedap rasanya... erm.. jadi la kot Qasidah petang ni!

July 17, 2010

Weekend

weekend..
bestnye weekend..dapat lepak kt umah layan kerenah darwisy yg dah 17 bulan usianya.cepat masa berlalu.dah macam2 keletahnya.sweet sgt. ni tengah tarik rambut ibu.kalut dia nk ambil penyepit rambut ibu. kesibukan kerja kadang2 tak menyedarkan ibu pada masa yg berlalu.anak ibu rupanya dah besar.dah pandai say "ta cu" (thank u). dah pandai tutup mulut bila menguap..dah pandai aminkan doa..suka dengar iklan lagu "ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..." semoga darwisy membesar mnjadi anak yg berjaya dah beramal dgn ilmunya...amin..

July 08, 2010

Anak saya dah besar..



like father like son


where is your 'kaki'??


member ibu...


Arwisy.. show me your nose? my clever boy!! :D

June 24, 2010

Entry Membersih

Blog yang dah bersawang...
Terlalu lama tak update blog..

Rase macam hidup skrg ni semata-mata untuk kerja... dan kerja... dan kerja...walaupun dengan pulangan yang tak berbaloi...

Letih..
Penat...
Sedih...
Sakit..

I hate thiss!!!

I miss old time...


Photobucket