June 01, 2014

February 2013

February 2013 in memory.. Kenangan di Cameron Highlands. For the first time in my life went to Cameron.. hehehe

It has been a year.. Tahun ni belum ada rezeki kemana-mana.. Tapi takpe we are still happy.. InsyaAllah ada rezeki nanti kita pegi la kan.. ;)

February 21, 2014

Dinner

Roti jala for dinner.. yea.. dah lamaaaaaa sangat tak buat roti jala ni.. tetiba malam ni fikir punya fikir.. diskusi dgn.incik hubby keluar la idea roti jalajala.

Punya la gerodek sana sini mencari acuan roti jala.. almaklumla dah bertahun agaknya tak buat.. dok jadi bahan mainan anak-anak je sblm ni..

Menjadi jugak akhirnya.. Alhamdulillah.. lets have dinner..

February 15, 2014

Darwisy and Azfar

Yeay... Its weekend!!

Masa untuk bersama my little heroes.. Nak main dengan anak-anak pun masa ni lah.. nak marah-marah pun masa ni lah.. Ibu kemas depa sepahkan balik.. Layan kerenah abang Darwisy yang penuh cerita.. Kisah kawan - kawan di sekolah.. Mengadu itu ini. Azfar pun tak ketinggalan.. dengan keletah yang semakin hari semakin 'sakan'...

September 03, 2013

♥ Port Dickson Trip

Temankan ayah yg mendapat jemputan ceramah di sini. Peluang la ktorg tumpang jalan-jalan.

♥ Syawal 1434H

1 Syawal di Kota Bharu, Kelantan.. Raya ke-2 malamnya bertolak balik ke Kedah. Sampai pagi raya ke-3. Petang raya ke-4 (Ahad) dah bertolak balik ke Kajang.
Alhamdulillah dapat sambut di kedua-dua negeri walaupun ada insiden berlaku.

February 27, 2013

Langkawi Trip

We went to Langkawi for a vacation on February 7, 2013 to February 9, 2013... Sempena birthday Darwisy yang ke-4.

Yang paling seronok semestinya ibu.. Dapat shopping...








February 23, 2013

Alhamdulillah. .

Its has been long time l did not blogging.. Alhamdulillah. .. masih diberiNya kesempatan untuk terus berada di bumi milikNya...

New update..
- Asyraff Darwisy dah genap 4 tahun 8 Februari lepas..
-Muhammad Azfar dah 9 bulan.. next month dah 10 bln... how fast time flies...
- Alhamdulillah dengan kehidupan yang dikurniakan olehNya kepada kami sekeluarga. . Semoga kami tidak alpa...


November 17, 2012

Datang dan Pergi

Hari ini tetiba hati ni rasa sayu.. Kak Ida, jiran depan rumahku akan berpindah ke Melaka.. 3 tahun di Kuarters Penjara Kajang ni  menyaksi kan jiran datang dan pergi..Kak Ida yang pernah mengasuh Darwisy sejak Januari 2010 hingga Mei 2012 akan berpindah ke Sek Henry Gurnet, Melaka mengikut suaminya Tuan Yusni yang dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke sana..

Semalam kak ida datang ke rumahku bersama satu bungkusan berbalut cantik.. Pelbagai iisu kami bualkan..Mungkin kali ini yang terakhir entah bila akan bersua lagi.. Terima kasih kak ikkda atas bantuan terhadap aku dan suami kerana membantu menjaga Darwisy sepanjang kamikeluar bekerja.. Hnya ALLAH SWT yang dapat membalas kebaikan tersebut..

Niza & Naidi, Hanim & Fendi yang berpindah ke Penjara Perlis.. Lili dan Asmah yang berkahwin dan berpindah ke Wira Jaya.. Tuan Zul dan Ilah yang berpindah ke kuarters timbalan penguasa.. juga Shahida (jiran yg tak pernah aku bertegur sapa) yang mengikut suaminya ke Penjara Pengkalan Chepa.. Mungkin selepas ini giliran kami siapa tahu...

Apapun aku doakan semoga  semuanya lebih baik di tempat baru..Semoga ukhwah yg terjalin akan terus bersemi.. Semoga Allah swt merahmati kita semua.. Macam tu la hidup sebagai isteri pegawai unit beruniform agaknya.. Datang dan pergi... :-)