January 19, 2009

Its very amazing....about ur eyes...

*copy & paste from http://today-joke.blogspot.com/2009/01/its-very-amazingabout-ur-eyes.html


Can you read this ??? ?



Not possible to read anything?Then follow the guidelines given below















Close your eyes almost 90% so that you can actually read it..

January 17, 2009

17 January 2009

Semalam p wat check-up kt KMC.. puas Dr Siw kacau² baby nak tgok his face.. Tapi baby keep lindung muka dia dgn tangan.. yg baby tunjuk cuma...'konek' dia je.. huhuu..

♥harap² hubby dapat pelepasan CNY nanti.. Amin... bestnye!!

January 14, 2009

What's next?


Some article's on pengambilalihan ladang ternakan udang utk dijadikan terminal minyak..

Artikel from Sinar Harian (13 January 2009)
http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story2336199.asp)

Bela nasib kami: Penduduk Kerpan

AYER HITAM - Kira-kira 600 penduduk di sini, berhimpun secara aman bagi membantah tindakan kerajaan negeri memajukan Terminal Minyak Kerpan (TMK) di tapak projek ternakan udang mereka.

Mereka berkumpul sambil membawa sepanduk meminta kerajaan menyediakan alternatif baru kepada penduduk yang bagi mereka terjejas teruk kesan daripada pembangunan TMK di kawasan berkenaan.

Jurucakap Angkatan Warga Sedar (Awas), Izhar Azimat berkata, memorandum itu akan dihantar ke Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBDD) Kedah.

"Kami berhasrat menghantarnya esok (semalam) dan berharap ia akan diteliti sewajarnya bagi menjamin kehidupan warga penduduk di enam kampung yang terlibat.

"Ia merupakan langkah pertama dalam usaha menyatakan perasaan kami mengenai langkah yang hendak diambil kerajaan dalam memajukan TMK di sini," katanya.

Beliau berkata, menurut pelan kemajuan Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020 (Pindaan 2008) ada memperuntukkan pembangunan TMK di kawasan berkenaan.

Katanya, kawasan dikenal pasti itu terletak antara Sungai Tunjang dan Sungai Lana Bulu iaitu tapak Ladang Udang Kerpan.

"Kawasan ini di kelilingi enam kampung iaitu Kampung Baru Tepi Laut, Kuala Kerpan, Kuala Tunjang, Gandai, Bakau dan Padang Tui dengan jumlah lebih 1,200 penduduk," katanya.

Menurutnya, nota bantahan disediakan selaras kehendak peruntukan Seksyen 9 Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) yang memberi peluang orang awam membuat cadangan, pandangan atau bantahan terhadap dasar dicadangkan.

Mengenai Rancangan Struktur Negeri (RSN) yang disediakan, menurut beliau, seharusnya selari, malah saling mendukung dengan Dasar-dasar Strategik yang digubal di peringkat Rancangan Fizikal Negara (RFN).

Dalam salinan nota bantahan kepada Sinar Harian semalam, beliau turut menyatakan perkara itu turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan pantai ekosistem hidupan laut.

Katanya, TMK juga bercanggah dengan Dasar Subjek RSN Kedah (DS) yang hendak mengurangkan migrasi penduduk melalui penyelerakan pembangunan.

"TMK tidak mampu menyerap kehilangan pekerjaan, kerana peluang pekerjaannya terhad serta keperluan kelayakan dan pengalaman tidak dimiliki penduduk tempatan.

"Nelayan, pekebun, petani dan pekerja Ladang Udang Kerpan yang kehilangan pekerjaan terpaksa berpindah ke tempat lain mencari rezeki," katanya.

Menurut nota bantahan itu, penduduk Kerpan mencadangkan TMK dialihkan ke tempat lebih sesuai seperti di kawasan Industri Penapisan Petroleum di Yan.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika diminta mengulas berkata, kerajaan negeri telah memutuskan tidak akan membina loji itu di atas sawah seperti di Yan.


Berita Harian (14 Januari 2009)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090114090505/Article
Utara: Kedah setuju tukar status ladang udang
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my

AZIZAN diiringi Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak memeriksa akaun miliknya selepas merasmikan pembukaan cawangan CIMB Bank di Changlun, kelmarin.

MB minta patuhi syarat agar pemilik tanah tak teraniaya

CHANGLUN: Kerajaan Kedah bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat untuk menukar kawasan ladang ternakan udang harimau di Kerpan sebagai loji simpanan minyak pada masa depan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan negeri juga menyokong jika Kerajaan Pusat meluluskan permohonan syarikat itu yang mahu membangunkan loji simpanan minyak di situ berdasarkan syarat tertentu yang perlu dipatuhi supaya pemilik tanah tidak berasa teraniaya dengan projek yang bakal dilaksanakan.

"Antara syarat ditetapkan adalah pembinaan paip besar untuk menyalurkan minyak ke kawasan penapisan di Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam mestilah dibina sedalam sekurang-kurangnya dua meter supaya tidak mengganggu aktiviti pertanian terutama sawah yang diusahakan penduduk tempatan.

"Pada tahap kedalaman dua meter, ia akan melalui bahagian bawah kawasan pertanian tanpa mengganggu aktiviti pengusaha tempatan. Bagaimanapun pemilik tanah akan mendapat bayaran jika laluan paip minyak itu melalui kawasan mereka.

"Dengan ini penduduk tempatan yang mengusahakan sawah masih boleh terus menjalankan aktiviti mereka dan pada masa sama boleh mendapat bayaran jika tanah mereka terbabit dalam projek dicadangkan itu," katanya selepas melancarkan CIMB cawangan Changlun di sini, kelmarin.

Azizan berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan kepentingan penduduk yang mungkin kehilangan pekerjaan jika ladang ternakan itu ditutup dan diberi perhatian serius oleh syarikat yang bakal mengambil alih kawasan berkenaan.

Ladang ternakan udang harimau di Kerpan, seluas kira-kira 400 hektar itu kini menampung 216 pekerja, 95 peratus adalah penduduk tempatan.

Kelmarin, kira-kira 200 penduduk mengadakan demonstrasi membantah tindakan pembinaan loji simpanan minyak di kawasan itu kerana bimbang mengenai nasib penduduk yang bakal mengalami kerugian selain mungkin kehilangan pekerjaan.

Wakil penduduk, Izhar Azman, berkata kebanyakan pekerja di ladang ini adalah terdiri daripada golongan berpendidikan rendah dan bergantung kepada pekerjaan itu semata-mata.

"Adalah mustahil bagi mereka untuk bekerja di loji minyak itu kerana tidak memiliki sebarang pengalaman," katanya.

Difahamkan, perbincangan mengenai cadangan itu bermula pada 17 Disember tahun lalu dengan mesyuarat antara wakil syarikat pelabur, pemilik ladang iaitu Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB) dan pemajak ladang berkenaan yang juga syarikat di bawah naungan Khazanah Nasional Berhad, Blue Archipelago Berhad (BAB).

Ermm.... tak tau nak cakap apa..!!

January 10, 2009

My Baby

Image scanned on Dec 26, 2008. Mase tu dalam 32 weeks pregnant.. Baby tutup mulut ngan tangan.. That's why image x clear sgt.. Lagi pn time tu kedudukan baby songsang. Dr Siw kata lg susah nak tg0k baby's face sebab kedudukan yg songsang and tangan yang dia tutup mulut tu.. Dr. Siw dah try kacau².. tapi baby still malu.. X nak alih jgk tangan tu..


And cuti weekend semalam 'ibu' dah cuci semua baju² baby.. I'm ready to have u anytime honey!!

January 08, 2009

Thanks Anie..


Balik keje semalam tgok ade parcel for me.. and as expected its from Anie.. Baju baby yang sangat cute!! Thanks Anie.. memang teruja sgt bile dapat ni.. happy sangat.. have a look.. isnt tis cute??

January 07, 2009

Erm..

Ingatkn ujung tahun je banyak keje.. rupanya awal thn lg la dasyat..

*mentally tired!

January 03, 2009

Happy New Year

Salam Maal Hijrah 1430H..
Happy New Year 2009..

Semoga tahun baru ni akan membawa bersamanya rahmat dan berkat yang lebih untuk kita semua..

Amin ya rabbal alamin...