November 17, 2012

Datang dan Pergi

Hari ini tetiba hati ni rasa sayu.. Kak Ida, jiran depan rumahku akan berpindah ke Melaka.. 3 tahun di Kuarters Penjara Kajang ni  menyaksi kan jiran datang dan pergi..Kak Ida yang pernah mengasuh Darwisy sejak Januari 2010 hingga Mei 2012 akan berpindah ke Sek Henry Gurnet, Melaka mengikut suaminya Tuan Yusni yang dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke sana..

Semalam kak ida datang ke rumahku bersama satu bungkusan berbalut cantik.. Pelbagai iisu kami bualkan..Mungkin kali ini yang terakhir entah bila akan bersua lagi.. Terima kasih kak ikkda atas bantuan terhadap aku dan suami kerana membantu menjaga Darwisy sepanjang kamikeluar bekerja.. Hnya ALLAH SWT yang dapat membalas kebaikan tersebut..

Niza & Naidi, Hanim & Fendi yang berpindah ke Penjara Perlis.. Lili dan Asmah yang berkahwin dan berpindah ke Wira Jaya.. Tuan Zul dan Ilah yang berpindah ke kuarters timbalan penguasa.. juga Shahida (jiran yg tak pernah aku bertegur sapa) yang mengikut suaminya ke Penjara Pengkalan Chepa.. Mungkin selepas ini giliran kami siapa tahu...

Apapun aku doakan semoga  semuanya lebih baik di tempat baru..Semoga ukhwah yg terjalin akan terus bersemi.. Semoga Allah swt merahmati kita semua.. Macam tu la hidup sebagai isteri pegawai unit beruniform agaknya.. Datang dan pergi... :-)