October 27, 2010

Tetamu Allah




Alhamdulillah.. Tahun ni mak dan abah terpilih antara insan-insan bertuah diberi peluang menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah haji.. Cita-cita mak dan abah sekian lama akhirnya tercapai.. Alhamdulillah.. Syukur padamu ya Allah..

Mak dan abah bertolak dari Airport Alor Setar 24 October 2010 (KT54) pada 3:30pm... dan penerbangan KLIA - Jeddah pada 25 October 2010 jam 5:30am...

Pada jam 4:26pm (25/09/2010) aku menerima panggilan dari abah memaklumkan mereka telah selamat tiba di Airport Jeddah dan menanti bas untuk ke Tanah Suci.. Dan kira-kira jam 9:00pm sewaktu aku menelefon mak dan abah Alhamdulillah, bas mereka sudah selamat sampai ke Bumi Mekah Al-Mukaramah... Dari intonasi mak dan abah, dapat aku mendengar rasa gembira yang tidak terhingga mereka kerana dapat menjejakkan kaki ke bumi yang cukup istimewa bagi seorang Muslim itu.. Alhamdulillah... Tentunya keletihan akibat perjalanan jauh selama kira 10 jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah itu terubat..! Mereka tiba di hotel penginapan Al- Quds. Maktab 80, bilik 303 dan 304..

Sewaktu berada di pejabat pada keesokan harinya (26/10/2010) aku menerima panggilan dari Mak, melahirkan kegembiraannya melihat Kaabah di depan mata.. Perbualan kami ketika itu tak begitu jelas kerana kebingitan mak di tengah-tengah jutaan tetamu Allah di depan Kaabah.. Alhamdulillah... hanya syukur yang tak terhingga dapat aku zahirkan.. Betapa impian mereka selama ini telah Engkau makbulkan ya Allah.. Pesan mak pada aku waktu itu, 'Hang pun simpan la duit kak long.. Ada 1300 pi daftar dulu.. Syok kak long, dapat mai sini'.... InsyaAllah Mak.. itu juga cita-cita ku.. :) Makbulkan lah Ya Allah...

27 September 2010.. 9:57pm.. aku terima panggilan dari abah.. Dia mintak aku cuba hubungi mak sebab dia terpaksa menukar no baru kerana no lamanya rosak.. Sampai sekarang, aku belum dapat menghubungi mak.. mungkin mak sedang melakukan tawaf..

Semoga semuanya baik-baik belaka... Semoga Allah swt mengurniakan kesihatan yang baik kepada mak dan abah untuk mereka beramal dengan sempurna di sana Ya Allah.. Amin ya Rabbal Alamin...