October 20, 2014

Weekend @ Sg Lopo, Hulu Langat

Its weekend.. yeay!!

Geng-geng penjara buat trip ke Sg Lopo, Hulu Langat. Walaupun kerap jugak ktorg pergi mandi manda area Langat ni, tapi tak pernah perasan pulak Sg Lopo ni. Selalunya kitorang pegi Sg Chongkak and Pangsun je.

Kitorg stay di Blue River Chalet. Bilik ok la. Bayar RM80 semalam what do u expect kan.. Dlm bilik tu ade seketul katil double n jamban yg mmg ngam-ngam je.. kalau hakak membesar lg mmg akan mengalami kesukaran ckit la utk urusan kat dlm tu..

Tapi yg sronoknye blakang bilik ade kolam hokay. Korg boleh memancing sesuka hati. Jangan nak menjala kat kolam org tu sudah la.. Chalet ni ala2 rumah panjang.. Seronak la hero-hero akak and their gangs berlari berkejaran kat situ. Mak bapak redha je la kan.

Lps tu mlm2 boleh bbq kt depan chalet. Part makan ni mmg akak enjoice sgt la kan.. hehehe.. Kena pulam otak2 kempas.. Mmg mengancam laa..

Di hujung chalet ni pulak ade swimming pool bajet.. hehehe.. Ops.. lupa pulak.. bilik yg ktorg duduk ni namanya Chalet Patin.. ade chalet Kelah rm60 je kot /night. Xde kolam memancing kt blakang bilik.. Kononny3 Patin ni pool view gitew..

Thank you abam-abam penjara for this trip..

October 11, 2014

Basikal

Lepas selesai siapkan lunch tadi En. Suami datang bagitau nak ajak pegi belikan basikal 2nd hand utk darwisy.. Hurm.. layankan je la.. sembahyang asar and ibu pun siap2 nak keluar..

Mula2 pegi Kajang Prima kononnye ade member hubby bgtau ada kedai 2nd hand kat situ.. pusing punya pusing tak jumpa pun..teringat pulak kedai 2nd hand kat semenyih. Terus google.. dan kitorg pun gerak la ke sana...

2 kedai ktorg pegi.. Jumpa la basikal yg berkenan kat kedai kedua ni. Harga rm50 je.. padan la 'gerek' 2nd hand. Sbnarnye ada basikal dah kt rumah ni.. tapi beli saiz yg agak besar utk darwisy. Konon ayahnya nak tahan lama.. sekali hambekk kau anak nak naik pun susah..

Untungnya darwisy.. at his age rasenye ni dah basikal ke-4 dia. Tringat kenangan ibu kecik2 dulu.. My 1st bicycle share dengan kakngah.. When we were 5 @6.. dah tu rosak... Few years later baru dpt lg basikal.. pun 2nd hand. Makteh siti kot bagi basikal anak2 dia yg dorg dah taknak pakai. Punya la happy aku dpt basikal. I was 8 @ 9 tahun that time.

October 02, 2014

Jalan Jem

Tengah driving balik keje ni.. jalan jam la plak hari ni...

Diri ini seumpama pemburu
Yang memburu jawapan rindu darimu
Dengarkanlah rayuanku
Sila abaikan lirik di atas.. ia adalah lagu yg berkumandang saat dan ketika ini.. tetiba layan feeling dengar sinar.fm petang ni..

Jiwa kacau.. hehehe... For whatever reason let me keep it to myself.. 🙏