October 29, 2008

~Isn't this G00D??~

Pasar raya mula turun harga barang

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Semua pasar raya besar di negara ini telah bersetuju menurunkan harga barangan keperluan bagi meringankan beban pengguna, bermula dengan pasar raya Giant yang menguatkuasakan harga baru hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan harga oleh pasar raya Giant itu menyaksikan 1,200 jenis barangan keperluan mengalami penurunan sehingga 30 peratus daripada harga asal.

Menurut beliau, penurunan harga itu membabitkan 90 cawangan Giant di seluruh negara.

“Selepas Giant, dua lagi pasar raya besar juga akan menurunkan harga barangan keperluan iaitu Tesco dan Carrefour,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya Giant Bandar Kinrara di sini.

Antara barangan keperluan yang diturunkan harga ialah beras Jasmine Siam Best 10 kilogram (kg) dengan potongan 18 peratus, Jasmine Super Special 10kg (18 peratus), biskut Julies Cracker 250 gram (25 peratus), biskut Julies Love Letter 120 gram (25 peratus), minyak masak Soylite 3 kg (3.5 peratus), pencuci muka pelbagai jenama (24 peratus) dan gel rambut Revive (27 peratus).

Shahrir berkata, beberapa lagi pasar raya besar pada dasarnya telah bersetuju untuk mengikut jejak langkah tiga pasar raya besar itu tetapi akan memaklumkan rancangan masing-masing kepada kementerian dalam tempoh terdekat.

“Pada dasarnya pasar raya di seluruh negara telah menunjukkan minat dan komitmen menyertai Kempen Penurunan Harga.

“Sebenarnya, kita telah berunding dengan wakil semua pasar raya dan mereka sudah bersetuju untuk menurunkan harga barang di pasar raya masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, langkah yang diambil oleh pasar raya Giant serta seluruh rangkaiannya di negara ini adalah langkah yang bijak.

Menurutnya, kempen tersebut dijangka dapat meringankan beban pengguna.

Minggu depan, kata Shahrir, Tesco pula akan mengumumkan penurunan beberapa jenis barangan keperluan sebelum diikuti Carrefour.

Beliau berkata, persetujuan yang diberikan oleh ketiga-tiga pasar raya besar itu membuktikan sokongan mereka kepada usaha kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan selaras dengan penurunan harga bahan api baru-baru ini.

Melalui kerjasama tersebut, ujar Shahrir, usaha kerajaan untuk meminta semua pihak menurunkan harga bagi meringankan beban pengguna akan tercapai.

“Ini adalah langkah fasa pertama yang diambil oleh kementerian. Bagi fasa kedua pula, kita akan mengadakan rundingan membabitkan persatuan pengguna dengan pembekal, pemborong dan pengeluar pula,’’ katanya.

Perbincangan itu, kata beliau, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan pihak berkenaan turut sama menurunkan harga barangan keperluan.

Beliau menegaskan, kementerian tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mendesak pihak pengeluar, pembekal dan pemborong menurunkan harga barangan keperluan.

Justeru, katanya, penurunan itu dibuat melalui perbincangan dan perundingan.

Ditanya mengenai pertemuan membabitkan pihak pengguna, pemborong, pengeluar dan pembekal bagi membincangkan penetapan harga barang, Shahrir memberitahu, perbincangan itu akan diadakan tidak lama lagi.

-dicopy dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

October 23, 2008

~My pregnancy: 23 weeks~

http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-23-weeks_1112.bc?intcmp=timeline

My pregnancy turn 23weeks today..
And what touch most is when I read this week's activity that suggested by www.baby-center.com.


This Week's Activity:

Write a letter to your baby. You and your child will treasure this gift for years to come. Go with your heart and follow your inspiration. If you need help getting started:

• Describe your feelings toward your baby and what it's like to know she's growing inside you.

• Imagine a perfect day with your baby and what you'll do together.

• Write down your hopes, dreams, and wishes for your baby.

• Think about what being a mother means to you and your definition of what makes a good mother.

If writing isn't your style, put together a collage or a memory box of pregnancy mementos, says Diane Sanford, a clinical psychologist whose focus is on helping women make the transition to motherhood.

Isn't it touching?? InsyaAllah, i'll try to write a letter to my baby this week.. hohoo... can't imagine!

should i publish my letter here soon once it done? hihiii

October 15, 2008

~Facebook~

Activated my FB.. Kak Nim add.. So, aku activate je la.. Mcm interesting jgk..

October 05, 2008

~Aidilfitri 2008~


Malam raye pukul 11pm aku bertolak ke Kajang.. Nasib baik 0k kat dalam bas.. Xde la pening² lalat.. Abah antar sampai Shahab.. Banyak gile bawak barang.. Kuih raye, ketupat, serunding, lauk-pauk, tikar, dapur pn aku bawak..! hehe... Tido je sepanjang perjalanan.

Sampai Kajang dalam pkl 630am.. Abang dah tunggu.. Terus balik umah..

And.. I got this for my 27th Birthday.. (gambar tak clear la..) A watch.. Thanks abang...

Ehm... Lebih kurang ni la suasana umah kitorg.. Kosong je..


Cuma ade tilam single, tikar kecik, TV, kettle, rice cooker and tong gas. Tu la sb aku bawak dapur dr kampung.. hehe...

Masak nasi untuk sarapan... Panaskan lauk semua and we had our breakfast di pagi raye tu.. Nasi putih, kurma kambing, ayam masak serai and udang goreng, ketupat and serunding daging. banyak abang makan.. (Cian hsband aku! mesti dia rindu masakan kt umah)..Lepas breakfast bersiap nak pegi Sembahyang Raya kat Masjid Penjara Kajang.. Bermaafan dulu dengan hasband.. Kali pertama bermaafan dengan suami di pagi Aidilfitri.. Syahdu je..

Sampai kt masjid, Mase takbir tu terase la jgk syahdunye raye jauh dari mak and abah.. Tapi kali ni aku xde la menangis macam sambut Raye Haji kat Sabah dulu.. Mungkin sebab ade suami di sisi kot..

Lepas sembahyang.. Dah xtau nk wat ape.. Abang bawak kuar pegi tengok bandar Kajang. Ramai pendatang je dok berbaris tunggu bas nak pegi KL la kot.. Lepas tu singgah Giant beli ckit barang dapur..
Balik rumah, lepak kejap and pukul 2:20pm abang kena masuk keje...

So, aku sorang² kat umah ape lagi... Layan TV and tido je la sepanjang petang tu.. Demikian la cerita di Hari Raya Pertama..