February 12, 2017

Birthday Darwisy

08022017
Asyraff Darwisy turns 8. Besaq dah anak Ibu. 8 tahun dah. ☺

Ibu dan Ayah decided untuk bawak 3 beradik ni jalan-jalan. Ayah cadangkan Gold Coast Morib -GCM. Sebab theme park dia menarik. Ibu pun gigih la cari which web yang offer paling best.

I bumped onto pakej birthday yang GCM offered. Pakej birthday! Expedia offer RM270. Pakej included 2D1N stay @ Studio Suite, 2 theme park ticket, 2 Steamboat Dinner and 2 Breakfast. Ade free birthday kek lagi! 😘

0h ya.. citer pasai package birthday ni.. Validity dia cuma on birth date.. sehari sebelum @ sehari selepas. We decided to check in on 9/02/17 - Khamis.. kebetulan cuti Thaipusam. Jumaat tu sambung ambik Annual Leave dan anak- anak telah dipontengkan sekolah. Adoyaii..

Mula-mula ayah taknak ambik pakej birthday. Sebab katanya tak adil kalau ambik untuk darwisy je. Nanti adik2 kena ambik jgk. Ape pulak kata adik -adik besday abang je check in hotel. Pada ibu pulak rugi la tak grab peluang pekej murah ni😂 Dah puas Ibu pujuk ayah baru la dia setuju. We decided to tell them that we are celebrating birthday dua orang sekali. Abang Long and Abang Ngah. Yeayy!!

Masa Google pasai GCM ni memang 90% review mengecewakan dan tak puas hati je la pasai resort ni. Siap ada cerita hantu lagi. Tapi Ibu tetap positif. Cewaaahhh gitu!

Dan.. Alhamdulillah... Kitorang sekeluarga sangat-sangat happy.  Siap Abang Ngah taknak balik. Hahaha..

Sebelum pegi memang doa mintak yang baik-baik aje.. Pastu tawakal! I strongly believed kalau baik kite layan orang, baik jugak la yang kita dapat. Niat yang baik-baik.. Alhamdulillah.. bilik bersih.. Masa nak check in, Ibu mintak tukar nak bilik theme park view.. tapi katanya utk pakej birthday dorg dah decorate bilik car park view.. 0k fine.. akak redha saja la.. bile check in towel cantik takde tompok-tompok kuning macam  yang Ibu baca. Aircond bilik pun 0k. Walau tak sejuk sangat, tapi masih 0k.. tak panas pun. Bukak kipas skali dan Beres! Bau busuk takde pun.. TV ok.. bukan datang nak tgok TB sangat pun. Nak tgok tv baik dok rumah kan... Line telefon mmg tak connect pun. Nak buat apa henpon dah ade. Complimentary coffee tea tak bancuh pun tak sempat. Gigih berendam je. Dinner just 0k.. Simple la.. and Ibu siap kena interview dr pihak hotel. Ntah utk apa.. Hahaha.. Breakfast pada Ibu dah best.. Ada roti.. danish pastry.. croissants.. salad.. porridge.. buah...dimsum..mee kari.. nasi lemak.. juices.. coffee n tea.. ape lagi ko nak? Cukup la tu kan..

Sebab pakej birthday ni  untuk 2 orang je maka Ibu kena tambah 2 theme park ticket utk children RM21 each., Dinner tak yah tambah sb steamboat yang dorg siapkan tu mmg utk 2 org je.. breakfast plak darwisy je yang kena top up - RM21.

Memang enjoy. Ade rezeki boleh repeat!