August 12, 2011

Ramadhan 1432H

Alhamdulillah..


Allah swt memberikan kesempatan kepada aku untuk sekali lagi merasai nikmat Ramadhan..

1 Ramadhan 1432H disambut di kampung halaman suami, di Kelantan. Kenangan yang sangat mengujakan kerana bilangan ahli keluarga yang ramai ketika sama² menanti untuk berbuka. Dikelilingi anak² saudara yang sememangnya 'happening' tatkala menanti waktu berbuka... Alhamdulillah berkongsi sedikit 'rezeki' di sana.


Perjalanan pulang dari Kelantan - Kajang pada 3 Ramadhan sangat meletihkan.. Kasihan Darwisy yang 'falt' habis akibat 'mabuk perjalanan'... Bertolak kira² jam 11 malam dari Kota Bharu.. Berhenti sepanjang jalan akibat suami yang tak mampu memandu dalam keadaan mengantuk. Menunaikan solat subuh di sebuah 'petrol pump' berhampiran Gua Musang..


Selepas hari cerah tu, kasihan sangat pada Darwisy.. muntah sepanjang perjalanan. Makan.. dan keluar balik semuanya.. Sampai dia Genting Sempah, kami belikan dia Bubur McD.. Sampai rumah kira² jam 2 petang.. Alhamdulillah.. Berseleranya Darwisy makan lepas tu.. mungkin kelaparan keranan apa yang dimakannya dari pagi hari semuanya dah dubuang balik akibat muntah tu.. ;)


5 Ramadhan.. Seperti biasa di pagi Jumaat akan diadakan 'Speaker's Corner'.. dan sempena Ramadhan topic pada pagi itu ialah 'Berpuasa di Bulan Ramadhan' oleh Ustaz Mohd Syakirin b Husain. Masih muda orangnya, baru 28 tahun tapi ceramahnya sangat menarik dan begitu sayu di saat mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz. Subhanallah, sangat lunak suaranya, meruntun kalbu. Semoga usaha murni Ustaz untuk membangunkan Madrasah di Pantai Remis, Perak akan dipermudahkan olehNYA dan dapat membimbing masyarakat ke arah menjadi umat Islam seperti yang sebenarnya dituntut oleh agama.. Amin..


Hari ni pulak 12 Ramadhan 1432H.. Speaker's corner pagi ni tetamu yang dijemupt ialah Ustaz Haji Riduan Mohamad Nor.. Tajuknya 'Ramadhan'.. Juga sangat menarik ceramahnya.. Alhamdulillah, Allah swt memilih aku untuk bekerja di organisasi ini.. Diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu di bulan yang mulia ini..


Kesempatan yang diberi kepada Aku yang cetek ilmunya... semoga dengan kesempatan sebegini dapat aku membuka ruang minda, membetul yang terkhilaf, berkongsi sedikit pengetahuan yang diterima walaupn sekadar dengan suami sendiri... Sempat membeli buku berjudul ' Cinta di Langit Gaza' menceritakan kenangan Ustaz Riduan sewaktu mengikuti misi kemanusiaan bersama NGO Muslim Care ke Gaza..


Dari ceramah Ustaz tadi, betapa dapat aku melihat keghairahannya untuk membebas Palestin dari Israel - Yahudi laknatullah.. Semoga umat Islam dapat bersatu dan melangsaikan hutang kita dengan Allah swt. InsyaAllah...