April 15, 2016

Introducing Solid

Maryam Azra dah 5 bulan 10 hari. Semalam complete imunisasi 3 serangkai utk 3rd dose.. Nurse pesan masuk je 6 bulan boleh terus bagi makan bubur... Wah.. Ibu sangat excited la... hahahaha... Walaupun dah nak ketiga kan... Pengalaman setiap anak tu lain-lain...  dan sebab faktor umur dan jugak kesan ubat bius mase bersalin, ade yang Ibu dah lupa pun... hahahaha....

Ibu pun start google pasal introducing solid ni... once again.. walaupun dah anak ketiga.. ;) 

Adakah bayi saya bersedia untuk makanan pejal?

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia: 
  • Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
    Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
  • Duduk dengan baik apabila dipegang
    Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. 
  • Melakukan pergerakan mengunyah
    Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. 
  • Berat badan telah naik secara sihat
    Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. 
  • Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
    Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
*copy&paste

Since esok hari cuti.. Ibu plan nak start solid food utk Maryam.. yeayyy!!!

April 06, 2016

Memori