September 27, 2009

Aidilfitri 1430H

Cerita Raya Lagi...
















Raya Pertama..
Pagi² raya mak bgtau jiran dekat umah meninggal.. Innalillah.. Et..anak tok long.. Muda lagi, baru 24thn.. Ajal tak kira usiakan? Cerita toklong, malam raya tu dalam pukul 2pagi arwah Et masih mengecat dapur rumah.. masih main mercun dan bergurau dgn Tasha his niece.. dalam pukul 3 lebih baru diorg tido.. Pkl 3am cmtu toklong call mak and abah sruh p tgok Et yg pengsan akibat penyakit 'tarik'.. mak crita.. bila dia smpai dia dah nampak yg Et dah meninggal. Serba salah mak nk bgtau toklong.. mak dengan perlahan bgtau abah 'abah... xdak dah Et ni'.. abah pn angguk.. merintih jgk la toklong.. Dugaan utk dia dan keluarga di pagi Syawal.. (raya ke-6 tunang arwah pula pergi mengadap Ilahi).. Al-Fatihah utk arwah mereka..

Pagi tu sblm p sembahyang raya, abang call Mek utk ucapkan selamat hari raya.. sedihnya abang smpai mengalir air mata.. sukar utk abang mengalirkan air mata.. ni kali kedua kot aku tgok abang menangis kerana sedih.. 1st time masa arwah 'abg Ob' sakit dulu.. dia sedih tengok arwah menanggung kesakitan akibat kanser.. ni kali kedua.. sedih sebab x dapat meraikan Syawal dengan Mek.. lebih² lagi abang anak kesayangan mek.. dan juga ini tahun pertama mek meraikan Syawal tanpa arwah ayah yang meninggal
20 March 2009 yang lepas..

Balik dari sembahyang raya, kami berkunjung ke rumah toklong.. memberi penghormatan terakhir kepada arwah.. Lepas tu stay kt rumah melayan tetamu yang datang. Ramai jgk.. Mak cik and family, mak ndak n family (kakak n kak nim n family), abg G & kak Za sekeluarga, anak-anak pak lang Nan, Pak su & Mak su, wan Noh n tok, Pak tam n mak tam, mak teh & pak teh, mie & Yanti.. ramai lg la.. menu istimewa hari tu,
  • ketupat dgn rendang & serunding
  • nasi tomato
  • ayam masak merah
  • kari kambing
  • lontong
  • sate
  • biskut-biskut
And.. thanks Abg G sbtolong amik gambaq² ni.. (I silently follow ur blog!)

































'US' in Yellow!
Photobucket

Cerita Sebelum Raya

Cerita Raya...

Raya tahun ni cukup bermakna.. Buat kali pertama dalam hidup aku menyambut hari raya sebagai seorang IBU..☺ Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi memberikan aku peluang dan nikmat yang tak terhingga ini..

Abang sampai Kedah hari Sabtu dalam pukul 10am dengan kak ngah & fendi.. rehat kejap terus kluar plak nak cari baju raya utk abang and lain² kelengkapan menyambut raya.. Sronoknye Ibu dapat jalan².. Kami terus ke Star Parade.. ramainye la orang..
hehe..

Tengah mencari baju melayu untuk ayah tetiba ayah tnya.. baju ibu bile nak beli? waa... bestnye.. ingatkn tak jadi sedondon dah!... terus ibu buat ayat sedih la.. abang nk beli jgk ke? ayah cakap.. 'beli la...' ape lagi.. sengih sampai telinga la ibu...Lepas siap belikan baju melayu ayah, turun ke bawah and ayah pilihkan baju kuning untuk ibu.. cantikkan?























Macam² jugak la shopping hari tu.. Cian ayah..hehe.. skali sekala kn ayah?

Photobucket

September 17, 2009

Raya soon!!

Lagi 3 hari nak raya.... bestnye...

Tapi ade jgk crite sedih.. Kisah baju raya.. uwaaa.....!!! Planning tahun ni nak pakai sedondon color kuning air.. tetiba plak semalam pi kat taylor tu.. dia cakap.. sempat siap sepasang je.. dah la yg siap tu lari tema... ntah color ape ntah.. merah tak merah.. brown tak brown! erm... sedih jgk dah smlm.. tp hr ni dah ok la....

semalam also aku belikan walker untuk darwisy.. beli pn kt air hitam ni je.. so walker yg ala² je la.. xde choice sangat..

Anyway, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin..

p/s: menanti kepulangan ayahanda..!


Photobucket

September 07, 2009

Big Decision

I just made a very BIG decision!
I decided to quit my job and move to Kajang soon.
Soon to be unemployed!

Sekarang tengah giat mencari kerja di daerah sana..
Semoga akan ada rezeki utk aku di sana..
Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan ku di tempat baru nanti..

Selepas 1 tahun 6 bulan mendirikan rumahtangga inilah buat pertama kalinya aku dan suami akan menjalani kehidupan bersama di rumah sendiri seperti pasangan lain. Sebelum ini kami hidup berjauhan.

Pelbagai rasa bercampur baur.

Seronok.. Excited.. kerana kini kami tidak lagi berjauhan.. dapat bersama-sama membesarkan Darwisy dengan cara kami.. tinggal dirumah sendiri.. Merasai susah senang hidup sendiri.. asam garam rumahtangga.. ☺

Sedih.. kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang. Mak dan abah yang banyak membantu sepanjang aku berjauhan dengan suami.. Terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah. Hanya Allah swt yang akan membalas kebaikan mak dan abah selama ini.

Gementar.. selama ini hidupku di rumah mak sendiri.. walaupun umur hampir mencecah 30 tahun, makan dan pakai ku banyak dibantu oleh mak. Masak-memasak semua mak yang buat.. Hinggakan pakaian seharian aku pn mak yang selalunya tolong basuh dan lipatkan.. (terima kasih mak).. agak gementar bagaimana nak uruskan rumah sendiri nanti. InsyaAllah aku boleh melakukannya. sebagai persediaan aku banyak mengumpul resepi dari pelbagai laman sesawang untuk aku praktikkan di rumah sendiri nanti. walaupn aku pernah belajar 'pengurusan katering' suatu masa dulu, tetapi selepas hampir 10 tahun tudak dipraktikkan aki rasa.. kebanyakkannya aku dah lupa.

Harapan aku, semoga kehidupan baru ini akan menjadi lebih baik.. Semoga Allah swt akan mempermudahkan segala urusan ku.. semoga ditunjukkan oleh-Nya kepadaku jalan yang lurus dan dijauhkan cabaran yang tak mampu untuk ku tanggung. Semoga dilimpahkan kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan di dalam rumahtangga ku..

Amin ya rabbal A'lamin..
Photobucket