January 09, 2017

09012017

Welcome 2017!🎉🎊

Dah hari ke 9 tahun 2017. Allahuakbar!

Rabu lepas tiba-tiba lepas balik dari office rasa sakit dada.. sesak nafas.. sakit pinggang.. jalan pun kena berpaut. Pergi klinik, Dr cakap gastrik. Makan ubat lega la malam tu. Esoknya hari Khamis keje macam biasa. Tapi satu hari menanggung sakit kepala di office. Sebab banyak sangat angin kot. Otw balik siap termuntah dalam kereta waktu tengah driving. MC hari Jumaat tu. Jumaat dan Sabtu okay dah sikit. Ahad datang balik sakit kepala nya. Lepas tu dengan perangai orang lain yang menguji iman yang lagi nipis dari kulit bawang ni.

Agaknya yang dok sakit-sakit kepala ni berpunca dari stress jugak kot erk?

Hari ni pulak datang ofice password portaldom PC terlupa. Ntah hilang ingatan agaknya kejap. Bercakap pulak dgn officer yang kemain lagi sarcastic nya.. Amboi kakak... orang mintak tolong. Takpe la.. harap-harap Allah permudahkan urusan awak. Mungkin awak ada masalah dengan laki kot? Adooiii.. mula la aku nak mengarut ni bila layankan sakit hati ni dengan perkataan awak tu.

Astarfirullah. Astarfirullah..

Aku cuma nak yang baik-baik untuk 2017. May Allah ease my journey. Amin..