September 29, 2010

Syukur

Alhamdulillah...

25/9 yang lalu genap usiaku 29thn... Terima kasih kpd mak yang melahirkan aku ke dunia ini.. miss u mak! insyaAllah... kami sekeluarga akan balik ke kedah sblm mak berlepas ke tanah suci nanti.. Alhamdulillah.. mak dan abah diberi kesempatan untuk menjadi tetamu-Nya di tanah suci tahun ini.. semoga semuanya berjalan lancar.. dipermudahkan oleh Dia segala ibadat dan urusan mereka di sana Ya Allah...Semoga mereka mendapat haji yang mabrur..

Hadiah istimewa sempena ulangtahun kelahiran ku tahun ini ialah, offer kerja dari RHB Islamic Bank.. InsyaAllah kejap lagi akan pegi untuk medical check up dan kalau lulus medical check up boleh terus ke RHB Centre untuk collect offer letter.. Harap2 segalanya lancar dan lulus test tu nanti... Amin ya rabbal A'lamin...

September 02, 2010

Mixed feelings

Emosi yang bercampur di saat ini.. Sedih, gembira, takut, risau, lega.. dan pelbagai lagi.. Keputusan untuk meninggalkan tempat aku berkhidmat selama lebih 2 tahun ini adalah satu keputusan besar dalam hidupku.. Aku mengharapkan keputusan ini tepat, dan semoga, takdir yang lebih baik akan dianugerahkan olehNYA kepadaku kelak..

Bak kata officemate aku, Li Ching.. 'U tak boleh dapat 2-2.. Kena lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain..' Ya... aku memilih keluarga.. demi anak aku Darwisy yang masih kecil.. dan demi suami tercinta yang banyak memberikan sokongan, nasihat dan peransang kepada ku..

Seperkara lagi, Aku bukanlah seorang yang kuat.. aku tidaklah sebegitu tabah dan tega untuk menempuh dugaan ini.. Aku tinggalkan rakan sekerja tanpa sebarang kata.. tanpa sepotong ayat.. maafkan aku.. Entahlah ada yang memahami atau tidak.. Itulah kenyataannya.. aku tidak cukup gagah dan kuat.. Tekanan itu tak mampu aku tanggung.. Aku fahami niatnya.. tapi caranya aku tak mampu.. itu bukan aku! Aku tidak setega itu.. aku pantas kalah..!

2 tahun bersama BAB, terlalu banyak yang aku pelajari.. dari seorang kerani, kepada seorang eksekutif.. terima kasih kerana memberikan peluang sebegitu banyak kepadaku di sini..terlalu banyak ilmu yang aku timba sepanjang khidmatku yang tak seberapa di sini.. Bangga berkesempatan untuk berbakti kepada kampung sendiri.. walaupn hanya seketika..

Harapan aku semoga, takdir yang mendatang adalah lebih baik dari hari ini.. Semoga aku menjadi insan yang lebih tabah, matang dan berjaya.. Semoga Dia sentiasa membimbing aku.. menetapkan imanku dan melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan, mambanjiri redhaNYA kepada aku, keluarga, saudara, rakan dan umat Muhammad di muka bumi ini.. Amin ya Allah..

September 01, 2010

Menu Ape Untuk Malam Ni?

Malam ni hubby and his friends ade Class Mengaji Al-Quran.. Class tu buat kt rumah malam ni.. So, sekarang tengah berkira-kira.. ape menu yg nak dihidangkan malam ni..
Mula² semalam ingat nak buat lengat pisang.. pisang dari belakang rumah yang dah 2 minggu patah batangnye sebelum pisang tu tua.. dah 2 minggu lebih kat dapur tak tau nak wat ape... Pagi tadi try kopek.. erm.. dah buruk la... so kena fikirkan menu baru..Something yang senang dan cepat disiapkan... ape erk?? Maybe kuih Qasidah?? Cantik namanya dan sedap rasanya... erm.. jadi la kot Qasidah petang ni!