June 14, 2016
Mak yang Bangga
May 20, 2016
6 month old Maryam Azra
Maryam turns 6 mth on 6 May 2016. Kejap je masa berlalu. Dah 6 bulan tuan puteri ibu.. Alhamdulillah.. Masih exclusively breastfeeding..
Dah pandai sekarang.. maklum la dah kenal orang di sekeliling. Kalau ade Ibu mula la Maryam merengek mintak perhatian ibu..hehe
Ibu dah start bagi solid food utk Maryam. Buat masa ni baru 2 menu. Pumpkin + potato.. dan lagi satu Barli + Sweet potato.. Sedap je tengok maryam makan.. Weekend ni ibu nak try buat porridge pulak.. yeayy!
May 06, 2016
AADC2
0k.... Mak masih tak boleh move on.. Walaupun dah seminggu nonton AADC2 di bioskop. Jumaat 30 April 2016..
Karya yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.. Membuatkan penonton terawang-awang.. Terbuai-buai.. Feeling bercinta sangat! Di ulangi.. NGAK BISA MOVE ON!! Gue percaya.. bukan hanya gue.. lewat IG gue lihat ramei lagi yang seperti gue.. Ngak bisa move on selepas nonton AADC 2.. Duhh!!
Puisi-puisi Rangga.. (walaupun tak paham) hahaha... sangat terkesan.. Adegan-adegan romantik.. how they spend their time together.. moments Rangga dan Cinta.. seharian di Jogja.. walaupun scene kissing dorg kena potong.. Filem ini tetap menarik.
Harus nonton lagi... tapi ntah bila..
April 15, 2016
Introducing Solid
Adakah bayi saya bersedia untuk makanan pejal?
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia:- Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
- Duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri.
- Melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh.
- Berat badan telah naik secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda.
- Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
April 06, 2016
November 08, 2015
November 03, 2015
The Journey
Hari ni my pregnancy is 39 weeks 4 days... Hurmm... kalau hero-hero ibu yang 2 org tu dah tengok dunia dah time ni.. Nampaknya baby kali ni nak dok lama dalam perut ibu.
Kalau tak bersalin jugak esok lusa ni.. maka hari Khamis ni kena pegi menyerah diri di Hospital Kajang la.. Surat untuk admit Doctor dah bagi awal-awal lagi.. Sebab kali ni ibu ada GDM...
4 November 2015.
Nampaknya memang baby takmo kluar lagi. Pkl 1.30am (4/11/15) lepas kencing dok baring sementara terlelap balik rase ade air keluar. Ingatkan dah turun air macam abang2 sblm ni.. Bile tengok darah rupanya. Nervous jugak.. tapi sb tak sakit lagi rilex je la.. sempat google dulu pasal turun darah ni. Kebanyakan nye kalau pg hospital dorang akan discharge jgk and tunggu sampai sakit dulu. So.. paksakan diri tido balik..
Petangnya.. lepas lunch pegi hospital Kajang. Saje nak check.. ngee.. boleh cenggitu? Lama jgk kat PAC-Patient Assessment Centre.. ramai rupanya ibu-ibu nak bersalin.. Doc buat CtG and check bukaan... baru 1.5cm. Disebabkan wad pun penuh.. ada kenderaan sendiri.. dan rumah dekat maka dorg discharge dulu. Suruh dtg balik esoknye - as planned before.
5 November 2015.
Hantar Darwisy pg tadika.. terus datang ke hospital. Register utk.masuk wad and sempat pegi breakfast dgn hubby. Lps tu pg PAC lagi utk tunggu masuk wad.. dari pkl 9am, sampai pkl 1130am baru dapat katil.. lamanya la.. And sekarang terbaring kat wad lepas kekenyangan after having my lunch..😂😂 Tunggu la lagi...