May 20, 2016

6 month old Maryam Azra

Maryam turns 6 mth on 6 May 2016. Kejap je masa berlalu. Dah 6 bulan tuan puteri ibu.. Alhamdulillah.. Masih exclusively breastfeeding..

Dah pandai sekarang.. maklum la dah kenal orang di sekeliling. Kalau ade Ibu mula la Maryam merengek mintak perhatian ibu..hehe

Ibu dah start bagi solid food utk Maryam. Buat masa ni baru 2 menu. Pumpkin + potato.. dan lagi satu Barli + Sweet potato.. Sedap je tengok maryam makan.. Weekend ni ibu nak try buat porridge pulak.. yeayy!

May 06, 2016

AADC2

0k.... Mak masih tak boleh move on.. Walaupun dah seminggu nonton AADC2 di bioskop. Jumaat 30 April 2016..

Karya yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.. Membuatkan penonton terawang-awang.. Terbuai-buai..  Feeling bercinta sangat! Di ulangi.. NGAK BISA MOVE ON!! Gue percaya.. bukan hanya gue.. lewat IG gue lihat ramei lagi yang seperti gue.. Ngak bisa move on selepas nonton AADC 2.. Duhh!!

Puisi-puisi Rangga.. (walaupun tak paham) hahaha... sangat terkesan.. Adegan-adegan romantik.. how they spend their time together.. moments Rangga dan Cinta.. seharian di Jogja.. walaupun scene kissing dorg kena potong.. Filem ini tetap menarik.

Harus nonton lagi... tapi ntah bila..

April 15, 2016

Introducing Solid

Maryam Azra dah 5 bulan 10 hari. Semalam complete imunisasi 3 serangkai utk 3rd dose.. Nurse pesan masuk je 6 bulan boleh terus bagi makan bubur... Wah.. Ibu sangat excited la... hahahaha... Walaupun dah nak ketiga kan... Pengalaman setiap anak tu lain-lain...  dan sebab faktor umur dan jugak kesan ubat bius mase bersalin, ade yang Ibu dah lupa pun... hahahaha....

Ibu pun start google pasal introducing solid ni... once again.. walaupun dah anak ketiga.. ;) 

Adakah bayi saya bersedia untuk makanan pejal?

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia: 
  • Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
    Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
  • Duduk dengan baik apabila dipegang
    Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. 
  • Melakukan pergerakan mengunyah
    Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. 
  • Berat badan telah naik secara sihat
    Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. 
  • Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
    Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
*copy&paste

Since esok hari cuti.. Ibu plan nak start solid food utk Maryam.. yeayyy!!!

April 06, 2016

Memori

November 08, 2015

November 03, 2015

The Journey

Hari ni my pregnancy is 39 weeks 4 days... Hurmm... kalau hero-hero ibu yang 2 org tu dah tengok dunia dah time ni.. Nampaknya baby kali ni nak dok lama dalam perut ibu.

Kalau tak bersalin jugak esok lusa ni.. maka hari Khamis ni kena pegi menyerah diri di Hospital Kajang la.. Surat untuk admit Doctor dah bagi awal-awal lagi.. Sebab kali ni ibu ada GDM...

4 November 2015.
Nampaknya memang baby takmo kluar lagi. Pkl 1.30am (4/11/15) lepas kencing dok baring sementara terlelap balik rase ade air keluar. Ingatkan dah turun air macam abang2 sblm ni.. Bile tengok darah rupanya. Nervous jugak.. tapi sb tak sakit lagi rilex je la.. sempat google dulu pasal turun darah ni. Kebanyakan nye kalau pg hospital dorang akan discharge jgk and tunggu sampai sakit dulu. So.. paksakan diri tido balik..

Petangnya.. lepas lunch pegi hospital Kajang. Saje nak check.. ngee.. boleh cenggitu? Lama jgk kat PAC-Patient Assessment Centre.. ramai rupanya ibu-ibu nak bersalin.. Doc buat CtG and check bukaan... baru 1.5cm. Disebabkan wad pun penuh.. ada kenderaan sendiri.. dan rumah dekat maka dorg discharge dulu. Suruh dtg balik esoknye - as planned before.

5 November 2015.
Hantar Darwisy pg tadika.. terus datang ke hospital. Register utk.masuk wad and sempat pegi breakfast dgn hubby. Lps tu pg PAC lagi utk tunggu masuk wad.. dari pkl 9am, sampai pkl 1130am baru dapat katil.. lamanya la.. And sekarang terbaring kat wad lepas kekenyangan after having my lunch..😂😂 Tunggu la lagi...

September 17, 2015

Placenta Previa

Minggu ni my pregnancy turns 33 weeks..

Dulu² check up buat kat klinik swasta je.. Sebab klinik tu pun ade buku rekod sendiri.. tapi bile pregnancy turns 24 weeks dapat result MGTT alamak... sangkut GDM la pulak... 8.9 tu reading lepas MGTT.. Hurm... lepas 2 minggu monitor sendiri glucose Dr Wana suruh start consume Metformin. 2 kali sehari...

Masuk minggu ke 28 pregnancy.. Dr Wana baru nampak uri kat bawah la pulak.. masa tu type 2.. tapi Alhamdulillah takde bleeding pun so far. Terus dia buat surat refer ke Hosp Serdang untuk booking for delivery. Makanya... akak pun ambik la cuti dah terjah Hospital Serdang.. Sebelum tu dah dengar diorang tak accept ramai patients sebab diorang tengah renovate delivery unit dorang.. tapi I just my luck.. dan ternyata.. kena reject.. Hahaha.. So terus ke Hosp Kajang.. Diorg bagi date 2 September utk datang for an appointment. 

Terus pegi bukak Buku Merah la.. takut nanti masalah plak kalau takde buku merah... Nasib nurse 0k.. walaupun dan minggu ke 29 pregnancy time tu.. Masa scan kat Klinik Kesihatan Kajang tu Dr Meme cakap my PP dah type 4.. memang nampak scan Dr tunjuk tu.. jalan dah tutup habis.. Huh.. scary jugakk... Tapi yang happynye bila Dr Meme tanye dah nampak jantina baby ke? Akak ckp baby girl betul ke Dr?? and she replied.. aah.. baby girl..... yeayyyy!!! memang rase nak melompat la.. tapi sabarr!! So..rase mcm confident la kan sebab sblm ni 2 kali scan Dr Wana pun cakap benda yang sama... yeay!! 

Dan.. my PP... mase appointment dengan O&G Clinic Hosp Kajang.. Dr Shahril tu cakap direct je.. '0k.. sekarang PP type 3, lagi 3 minggu kite jumpa awak balik.. balik rumah nanti discuss dengan husband.. anak yg 6 tahun dan 3 tahun ni sapa nak jaga lepas ni. sebab 21hb ni kita akan admit awak di sini selama sebulan.. sampai kandungan 38 minggu baru czer'.... Gulppp.... dalam blur².. akak mengiakan aje la cakap Dr tu...

Dan next week 21/09/2015.... akak akan menyerahkan diri untuk berehat di Hospital Kajang la selama sebulan... Semoga dipermudahkan semuanya... Semoga dijauhkan dari komplikasi dan semoga selamat semuanya... Amin..

July 20, 2015