September 07, 2009

Big Decision

I just made a very BIG decision!
I decided to quit my job and move to Kajang soon.
Soon to be unemployed!

Sekarang tengah giat mencari kerja di daerah sana..
Semoga akan ada rezeki utk aku di sana..
Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan ku di tempat baru nanti..

Selepas 1 tahun 6 bulan mendirikan rumahtangga inilah buat pertama kalinya aku dan suami akan menjalani kehidupan bersama di rumah sendiri seperti pasangan lain. Sebelum ini kami hidup berjauhan.

Pelbagai rasa bercampur baur.

Seronok.. Excited.. kerana kini kami tidak lagi berjauhan.. dapat bersama-sama membesarkan Darwisy dengan cara kami.. tinggal dirumah sendiri.. Merasai susah senang hidup sendiri.. asam garam rumahtangga.. ☺

Sedih.. kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang. Mak dan abah yang banyak membantu sepanjang aku berjauhan dengan suami.. Terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah. Hanya Allah swt yang akan membalas kebaikan mak dan abah selama ini.

Gementar.. selama ini hidupku di rumah mak sendiri.. walaupun umur hampir mencecah 30 tahun, makan dan pakai ku banyak dibantu oleh mak. Masak-memasak semua mak yang buat.. Hinggakan pakaian seharian aku pn mak yang selalunya tolong basuh dan lipatkan.. (terima kasih mak).. agak gementar bagaimana nak uruskan rumah sendiri nanti. InsyaAllah aku boleh melakukannya. sebagai persediaan aku banyak mengumpul resepi dari pelbagai laman sesawang untuk aku praktikkan di rumah sendiri nanti. walaupn aku pernah belajar 'pengurusan katering' suatu masa dulu, tetapi selepas hampir 10 tahun tudak dipraktikkan aki rasa.. kebanyakkannya aku dah lupa.

Harapan aku, semoga kehidupan baru ini akan menjadi lebih baik.. Semoga Allah swt akan mempermudahkan segala urusan ku.. semoga ditunjukkan oleh-Nya kepadaku jalan yang lurus dan dijauhkan cabaran yang tak mampu untuk ku tanggung. Semoga dilimpahkan kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan di dalam rumahtangga ku..

Amin ya rabbal A'lamin..
Photobucket