November 11, 2009

Cuti

Bestnye hari ni ibu cuti.. transfer leave.. just lepak kt rumah.. belum packing lg barang nk bawa ke Kajang.

Semalam last day with Arca Biru Sdn Bhd. Sedih sangat.. ye la....Ibu antara staff terawal di Arca Biru. tambahan pula selama ni menyumbang tenaga dan sedikit ilmu kepada tanah kelahiran sendiri.. tanah tempat ibu dibesarkan.. Sedih sangat bila terpaksa meninggalkan.. Ibu tak ucapkan pu 'selamat' tinggal' kepada kebanyakan teman-teman di tempat kerja. Ibu tak mampu.. takut nanti ibu menangis tak bleh nak cakap.. I'd better leave without saying anything.. Lagi pun kami masih sebumbung.. ibu cuma bertukar daerah.. tapi tetap sayangkan tempat sekarang.. banyak mendidik ibu.. Kepuasan yg ibu kecapi berkhidmat kepada tanah kelahiran kita.. ☺

Tapi..bak kata En Ibrahim, tempat seorang isteri di sisi suaminya. Dia sokong keputusan ibu. Juga En Izhar bos ibu. Waktu pertama kali ibu memberikan surat perletakan jawatan, bila dia bertanya apa alasan ibu nak berhenti.. ibu cakap, ibu kena ikut suami.. Memang dia pn sokong.

Dan Ibu sendiri yakin keputusan ni adalah yg terbaik..

Jom kemas rumah.. Kejap lg oficemate ibu nak datang.. wat 'makan-makan' ckit sempena perpisahan sementara ni.. :)

C ya!

Photobucket

No comments: