September 02, 2010

Mixed feelings

Emosi yang bercampur di saat ini.. Sedih, gembira, takut, risau, lega.. dan pelbagai lagi.. Keputusan untuk meninggalkan tempat aku berkhidmat selama lebih 2 tahun ini adalah satu keputusan besar dalam hidupku.. Aku mengharapkan keputusan ini tepat, dan semoga, takdir yang lebih baik akan dianugerahkan olehNYA kepadaku kelak..

Bak kata officemate aku, Li Ching.. 'U tak boleh dapat 2-2.. Kena lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain..' Ya... aku memilih keluarga.. demi anak aku Darwisy yang masih kecil.. dan demi suami tercinta yang banyak memberikan sokongan, nasihat dan peransang kepada ku..

Seperkara lagi, Aku bukanlah seorang yang kuat.. aku tidaklah sebegitu tabah dan tega untuk menempuh dugaan ini.. Aku tinggalkan rakan sekerja tanpa sebarang kata.. tanpa sepotong ayat.. maafkan aku.. Entahlah ada yang memahami atau tidak.. Itulah kenyataannya.. aku tidak cukup gagah dan kuat.. Tekanan itu tak mampu aku tanggung.. Aku fahami niatnya.. tapi caranya aku tak mampu.. itu bukan aku! Aku tidak setega itu.. aku pantas kalah..!

2 tahun bersama BAB, terlalu banyak yang aku pelajari.. dari seorang kerani, kepada seorang eksekutif.. terima kasih kerana memberikan peluang sebegitu banyak kepadaku di sini..terlalu banyak ilmu yang aku timba sepanjang khidmatku yang tak seberapa di sini.. Bangga berkesempatan untuk berbakti kepada kampung sendiri.. walaupn hanya seketika..

Harapan aku semoga, takdir yang mendatang adalah lebih baik dari hari ini.. Semoga aku menjadi insan yang lebih tabah, matang dan berjaya.. Semoga Dia sentiasa membimbing aku.. menetapkan imanku dan melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan, mambanjiri redhaNYA kepada aku, keluarga, saudara, rakan dan umat Muhammad di muka bumi ini.. Amin ya Allah..

No comments: