October 06, 2016

Apa Yang Kau Cari

Hidup ni sementara. Cuma persinggahan. Ada tempat lin yang kekal. Itu tujuan sebenar kita. Tapi sejauh mana kita bersedia untuk itu? Semoga.. saat kita dijemput pulang oleh yang Maha Pencipta.. Dia menyayangi kita ketika itu. Dia redha ke atas kita ketika itu. Kita mencintaiNya dengan sebenar-benarnya.. melebihi segalanya!

Anak-anak yang dikurniakan kepada kita. Semoga mereka mampu menjadi saham akhirat kita dalam.menuju syurga Allah. Betapa sayangnya kita kepada amanah Allah ini, semoga kasih sayang itu membawa kita ke syurgaNya.

Semoga mampu untuk kita bentuk.mereka.. bimbing mereka menjadi hamba yang bertaqwa. Mencintai agamanya.. mencintai penciptanya melebihi segala apapun. Semoga mereka mampu mengheret kita ke syurga yang kekal abadi. Kerana di sanalah kebahagiaan sebenar yang kita cari.

Betapa banyaknya masa yang terbuang.. betapa banyaknya dosa yang terhimpun. Semoga diampuni oleh Nya. Amin

No comments: